Blogroll

Wednesday

Semua Tentang Masa

2016 berlalu sepi.

Terlalu banyak yang terjadi namun banyak juga yang mengajarku erti sebuah kehidupan. 

2017 telah lama menjelang. Berbukit azam baru, bergunung impian dan harapan. Moga tiap satunya bisa ku tempuh, bisa ku lalui dan bisa ku gapai.

Lebih dewasa. Lebih matang. Alam pekerjaan dan dunia seorang ibu banyak membentukku. Ya, aku kini punya cahaya mata. Lahir 3hb September 2016, Aurelius Shane pelengkap rumah tanggaku.


Aurelius Shane

Bekerja di pedalaman menghadkan segala capaian media sosial dan internet. Hanya mengharapkan capaian internet sekolah yang tidak seberapa, menyukarkan segala aktiviti 'berblogging'.

Namun minat ini tidak akan pernah terhapus. Aku pasti kembali. Pasti.


Di sinilah aku. Di sinilah anak didikku. Di sini jugalah pintu rezeki terbuka.
Punya kesempatan, aku akan selalu berkongsi.


My own motivation to write. ☝





Aktiviti sebelum ke Kuching Food Festival . . .

Seronok menikmati pemandangan matahari terbenam di sekitar kawasan taman sebelum 'melantak' di Kuching Food Festival.


kalah-kalah tu model cermin mata...


Enggai enda enggau b'gambar, tang malu...



Friday

.jangan cuba puaskan hati semua orang.

Itulah yang aku cuba lakukan setiap hari.
Alih-alih, aku yang lebih banyak terluka.
Aku yang lebih banyak merana.
Semua usaha aku tak ada makna.
Jadi, apa yang harus aku buat?
Keadaan terlalu mendesak, aku kebuntuan.
Tuhan, tolong aku hadapi semuanya kerana Engkaulah benteng kuatku.


Monday

Monster Belly

This is so sick.
After having so much food during dinner, I got hungry again.
Then, I took sweet corn while watching movie.
Drank a bottle of 1500 ml of mineral water.
Still hungry???
 I guess I have a monster belly.
It creeps me out!
I think I need a GRIMM here.
(those who watch GRIMM should know what is it)

Now, I'm craving for these...

western seafood dish

walkthroughindia.com

Pasta (dreamstime.com)

Saturday

EAT & CRY

Pernah makan sambil menangis?
Bukan kerana pedas.
But broken-heart.
Banyak sebab yang memungkinkan kita for having a 'broken-heart' feeling.
Aku pernah.

Aku pun tak tau kenapa kalau aku bersedih sekalipun, selera makan tak mati.
Aku masih boleh makan.
Masih boleh mandi.
Masih boleh menjalani kehidupan sebagai manusia normal.

Di sebalik semua 'normal' yang kelihatan secara fizikalnya, perasaan aku tidak kuat untuk itu.
Manusia punya hati yang sangat rapuh.
Walau sekeras mana dia cuba menafikan.
Hati marah.
Hati sedih.
Hati gembira.

I don't mind crying for the same reason it it does make me feel relieved.
I don't mind what people will say about me.
I don't mind people seeing me more or less like a crazy person.
This is me.
Don't judge me for you're not me.
I did talk, but you never listen.
Then, just mind your business and I mind mine.
I still can EAT even if I'm crying!
I have my God taking care of me when nobody cares.

So, don't let emotions control your life. Fully rely on God.


Tuesday

My Story . . .

Lama aku tak berjiwang kan.
Hari ni, aku nak meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama.
Aku tak expect orang baca.
Aku tak perlukan itu.
Aku cuma inginkan kepuasan dalam diri aku.
Meluah di alam maya macam ni lagi afdal bagi aku.
People doesn't need to know me as a way to understand me.

This is what really happen to me right now.
Let the picture tells everything.
But my story ends till picture (6).
I am the bleeding boy.
Lord, strengthen me up.

found this on facebook


Monday

Sekadar menjenguk . . .

Aku kembali.
Tinggal lagi 3 minggu untuk berpraktikum.
Dalam 3 minggu yang tinggal ni, settle apa yang patut.]
Final observe, action research, projek di sekolah, etc.

Banyak sangat peristiwa yang dah berlaku sepanjang aku tak ber'blogging' dan semuanya NAK SANGAT aku ceritakan di sini tapi tak terdaya.
Kalau aku boleh buat klon aku sendiri, aku akan suruh klon aku settle praktikum.
Aku penat dah hoo...

Petang ni, by 7.00 p.m., aku kena drive balik ke Serian yang letaknya 58km dari kampus.
Esok dah kembali sekolah dan mengajar.
=SIGH=

My Kids

Friday

"Cuti" Ber-Blogging

Aku akan sangat merindukan rutin harian aku iaitu 4B's:
  1. Buka laptop, open browser, click home. Buka blogger dashboard. Checking for updates and new entries from blogger friends.
  2. Buat entry baru kalau idea mencurah-curah dan ada cerita nak 'digorengkan'. Kalau tak ada idea, gigit kuku jari je.
  3. Buka Facebook dan baca komen. Check notification. Like sana, like sini. Komen sana, komen sini.
  4. Buka Twitter, baca tweet kawan-kawan dan close tab (pasal tak berapa rajin nak ber-twitter).
Semuanya kerana aku akan berpindah ke rumah sewa.
Praktikum 3 bulan di SK Rayang, Serian.
Maklumlah, orang tak berapa nak mampu macam aku ni tak melanggan broadband.
Bukan nak kata tak nak, memang nak sangat.
Tapi kalau duitnya tak ada, no money no fun maa...
Semua nak guna duit.
Rumah sewa. Baby Viva. Susu Baby Viva. 
Perut diri sendiri pun nak kena isi juga (rasanya yang ini lagi banyak belanja).
Kemudian bla...bla...bla...

Tunggu la lepas elaun keluar ni, aku usahakan.
Bukan saja untuk lepaskan gian blog walking, tapi untuk buat action-research juga.
Nak kena hantar draf proposal pun pakai email.
Hantar RPH pun email.
Segalanya memerlukan internet.
So, pandai-pandai la aku nak hidup lepas ni.

Baiklah, comes to the main point.
Dengan ini secara rasminya aku mengisytiharkan, mulai esok:
AKU BERCUTI SEKEJAP DARI BER-BLOGGING sehingga segala isu berkaitan langganan broadband berjaya diselesaikan. Terima kasih.

Mesej daripada Cik Suka:
I love my blog.
Miss you all bloggers.

From Left (Cik Suka dan roommate, Cik Beth) - juga housemate praktikum.

From left (Cik Susan, Encik Augustin, Cik Louisa, Cik Suka dan Encik Fardzizul) - Will miss them.

 

Sunday

Aku Ex-Pembuli

Bengkel Ekspresif semalam buat aku mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku.
Masa tu aku berumur 8-12 tahun.
Aku masih ingat.
Aku terfikir, kenapa aku boleh jadi sejahat tu?
AKU SEORANG PEMBULI HAIWAN.
Hatta serangga sekecil semut pun.




Nampak anak ayam, aku cekik.
Nampak anak kucing, aku sepak.
Depan mak kucing lagi.
Tak pun, aku ambik, angkat tinggi-tinggi. Biar gayat.
Mak kucing tengok je aku buat anak dia macam tu.
Nampak semut banyak bertali-tali, aku pijak-pijak sampai mati.
Nampak anjing, aku baling batu.
Itu dulu...tidak lagi sekarang.

Why?Why?Why?
Aku tak ada jawapannya.
Bila aku ingat balik apa yang aku buat tu, aku rasa nak menangis.
Kenapa aku kejam sangat masa zaman kanak-kanak?
Kesian semua haiwan tu.

Bila imaginasi melampaui alam sedar dan realiti, aku berfikir yang bukan-bukan.
Andai aku mati, semua haiwan tu akan balas dendam.
Haiwan-haiwan tu akan tuntut bela.
Haiwan-haiwan tu akan buat seperti apa yang aku pernah buat kat dorang dulu.
Aku SANGAT MENYESAL.


Punya COMEL macam ni, sanggup ke nak sepak?
Aku memang sangat kejam dulu.

Sekarang aku sangat menyayangi haiwan.
Aku tak tahu sejak bila aku mula ada sifat penyayang ni.
Mungkin berkat ajar cikgu Pendidikan Moral aku di sekolah.
Dan juga ajaran agama yang mak abah terapkan.
Sampai stress mak aku.
"Mak, dah keje nanti saya nak beli xxxx, xxxxx, xxxxx, ...."

Mak pun cepat-cepat jawab.
"Mahal ke menatang tu?"

"Adalah dalam RMXXX..." selamba aku jawab.

"TAK PAYAH. Baik kau simpan duit buat belanja lepas kahwin."

"Tapi mak cakap kalau dah keje boleh beli apa je. Ada duit sendiri," aku protes.

"Mak kata, TAK PAYAH. Membazir."

Aku tarik muncung itik 7 hari 7 malam.
Bila dah okay, aku tanya balik mak aku.
Jawapan mak tetap sama.
Hmm...
Jadi apa yang aku mampu bela sekarang ni cumalah ikan.
Anak puyu dan betta-fish (ikan laga).
Duduk asrama, mana boleh bela menatang gedik-gedik macam kucing, hamster, ....

Pokoknya di sini, AKU SANGAT SAYANGKAN HAIWAN.


My beloved Chulu in hometown. Now he's 2 years old.

Wednesday

"TRAGEDI" Penghujung Tahun 2012

Hangin betul.
Driving selama 6 jam, sampai saja di kampus, then I discovered someone or 'some-many' curi harta aku.
I lost my speaker, iron, extension wire, and 2 pails.
Apa yang lebih hangin, selipar jamban aku pun dorang kebas!
Hampeh betol laa...
Kejadian 31 Disember 2012.
What a terrific way the year of 2012 ended.

Hangin satu badan tapi kejap je.
My mom memang pandai tenangkan perasaan aku.
Mak cakap, 'Biarlah, Tuhan nampak apa yang mereka buat. Maafkan saja."
Great! Betul cakap mak.
Nak marah pun tak ada makna juga.
Salah aku juga tinggalkan benda ni semua di kampus masa cuti.
Patah tumbuh hilang berganti, ye tak?
Tapi haru juga laa...

Susah jimat duit nak beli speaker tu dulu.
Untuk orang miskin macam aku, mahal benda ni ho...
Tup-tup- hilang macam tu je.
Hmm..


Sayang aku dengan speaker ni weii...

SELESAI.

Monday

Merdeka seorang penuntut!

Bermulanya bulan November, berakhirnya pula exams.
Merdeka!
Selesai saja paper terakhir hari ni, aku terus packing, packing and packing.
Sampai luka-luka.

Ahahaha~ Gelak kat diri sendiri.
Gelak kat roomate.
Gelak kat kawan-kawan.
Sakit pun tetap gelak.
Pasal beberapa hari lagi, we all bercuti!
HAHAHA!

Cari manusia tersembunyi~
Roomate yang gigih. Hoho~
I'll be missing watching views from this window. ^^


Wednesday

Foods that I can't resist!

1. JAPANESE TOFU:
It’s actually a tofu that’s made with egg added to the soybean milk before it is packed into little tubes and allowed to curdle.

http://foodrepublik.com
http://www.friedchillies.com
http://www.cnfood4u.com

2. CLAMS (WITH SAMBAL/SOY-SAUCE):

http://ibuayahdamia.blogspot.com
3. SAYUR MIDIN (BRACKEN FIDDLEHEAD FERN):

Bracken fiddleheads (the immature, tightly curled emerging fronds) have been considered edible by many cultures throughout history, and are still commonly used today as a foodstuff. Bracken fiddleheads are either consumed fresh (and cooked) or preserved by salting, pickling, or sun drying. (source from wikipedia)

Found abundantly in Sarawak Bumi Kenyalang!
http://kenyalang.net

*Back to study! ^_^

I found a way to focus on my study... ^_^

Sekarang musim exam di IPG jadi ramai la yang sedang berhempas-pulas study to their fullest.
Termasuk aku. 
(walaupun bunyi cam boleh blah tapi aku risau pasal study ok!)

Okeh, otak dah tepu dengan segala macam pile of notes dihadam  dalam otak.
Maka dengan sukacitanya aku ber'blogging' dan ber'blog-walking'.
Kejap lagi la aku tido, lepas update ni okeh.

Walaupun tidak ditakdirkan menjadi interior designer, aku punya kegilaan ni.
Suka search pasal interior design.
Berimpian nak ada rumah cantik.
Tak perlu mewah kalau tak mampu, yang penting selesa.
Rumah kecik pun cantik apa kalau kena dengan design.

Jadi dalam ke-boring-an, aku mula search tentang design of study room.
I wish I could have one right now.
I can be more focus on studying, I guess.
(ataupun dah lama lena)
Anyway, I really wish for any one of these!

Green...so calm. I like it.

Cool! I just love the purple colour! 

Relaxing...

I guess this is way too much comfortable. Studying or watching television? =.='

Elegant!

So cute!

Simple though but yet calm.

This one I reserve for my future daughter. Haha.



Thursday

Definisi sopan oleh seorang kawan . . .

Terkenang balik kisah ni buat aku rasa nak gelak balik. Kisah benar pada suatu hari yang memenatkan semasa bersama-sama menjalani Kursus Kejurulatihan Bola Jaring di kampus. Lelaki atau perempuan boleh join

Semua orang sedang tertunggu-tunggu giliran nak test skill dorang untuk buat jaringan. Tau saja la, kalau dah ramai-ramai tu, bola pun tak berapa nak banyak dan dengan hanya 2 tiang jaringan, mesti masing-masing nak rebut peluang buat jaringan kan. So, ada seorang senior ni, beliau memang happening, perangai gila-gila sikit dan memang ceria la. Masa match pun suara beliau je yang kedengaran di tengah gelanggang. Kalau kena jerit dengan beliau ni, kecut-perut weii...

Aku dan beberapa rakan lain dah duduk-duduk, pegang bola jaring masing-masing tunggu giliran (biar yang lain puas menjaring dulu). So, abang senior ni pun aprroached us

Senior: Boleh minta bola? (lemah-lembut penuh adab)
Kawan 1: Boleh... (senyum sambil menghulurkan sebiji bola) Sopannya...
Senior: (sambil bergerak ke barisan peserta kursus yang ingin membuat jaringan) WOIII! TEPIII!!
Kawan 1: Erkkk! (speechless) 
Aku & Kawan 2: (Gelak bagai nak rak tengok ekspresi Kawan 1) 
p/s Don't make your judgement too early.

Sunday

Memorable Weekend with Catalia Creative Crews

Date: 13rd - 14th October 2012
Event: Photo Shots Majlis Konvokesyen ke-16
Place: University Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Memorable weekend with them.
I enjoyed to team up with Catalia Creative Studio's Crew.
They are fun, they are lovely, they are so THEM. ^.^



For intro: Me (right) and my roommate, Beatrice (left)


The four of us: (from left) Susan, Me, Beatrice and Wawa


After all the hard work, let's pose!


I told you, they are so THEM! ^.^


IPTARian Catalia Creative's Crews


With Catalia Creative's Crews for the day

Spending two days with them really gave me a thrilled moment.
Thank You dear God for this opportunity.
I experienced so much.
Learning to socialize.
More, I got paid for my work.
Awesome!

*Thanks everyone, I cherish every moment.


Thursday

Don't tell me u have 'no comment' when u urged me to tell u everything~

Perghhh~~post title larian jarak jauh punya acara~


Sedih kan apabila orang tak mengerti apa yang kita rasa. Ada orang tu akan kata:

"Luahkan apa yang kau rasa tu, aku sedia mendengar." 

But in my case just now, I did tell the person what I really feel. Tapi dia buat muka seposen je. Sepatah haram pun tak kata apa. Tak ada la aku nak minta dia lalui apa yang aku rasa ni tapi sekurang-kurangnya bagi la sebijik dua bijik komen. Kalau selalu je 'NO KOMEN', baik aku tak cerita apa-apa, ye tak? Karang dia pula yang beria-ria nak aku cerita. Aku KURANG mengerti kamu. Huhu~

*sekian, walau busy memanjang yang penting hati puas! hohoho~emm~apa kaitan~

Memandangkan jiwa kacau, aku layan movie kejap la. Kembalikan nostalgia~


...DEATH NOTE...


Sunday

Ko bikin remuk hati sia~

Bukan sengaja menghilang. Sengaja keluar mencari ketenangan hati & melupakan apa yang berlaku. Duduknya aku di depan laptop ketika ini adalah hanya untuk meluahkan apa yang terBUKU di hati. Dan sungguh, aku sangat berkecil hati dengan semua yang berlaku ni. 

Em...begini bah cerita sia.

Selama ni kami berusaha dengan sangat keras tapi tiada orang yang ambil peduli. Orang cakap apa pun di belakang, kami tak ambil peduli. Silap sikit pun orang akan nampak silap tu besar. Tapi kami ambik positif sebab itu proses belajar. Tapi sekarang ni bila dapat tau adanya suara-suara sumbang yang mengatakan kami tak komited dalam buat keje, tolong la...adakah mereka rasa apa yang kmi lalui? Semuanya perlukan perhatian & komitmen, tak ada yang terlepas dari perkiraan & sia cukup faham dengan istilah TANGGUNGJAWAB. Jadi mulai sekarang, belajar la punya sifat EMPATI, tak cukup sekadar SIMPATI. Terima kasih, sekian sahaja sesi P&P Pend. Moral sia.

Ni bah, ko bikin hati sia jadi begini suda~


Monday

Kekalkan Hubungan Jarak Jauh

Berjauhan dengan yang tersayang selalu diduga dengan pelbagai masalah perselisihan faham. Jadi, aku amalkan semua ini untuk kekalkan hubungan aku dengan yang tersayang (apa pun semua orang punya cara sendiri);




  1. Tetap berhubung - Curi sedikit masa dalam tempoh 24 jam yang aku ada untuk text & call dia. Dengarkan apa pun masalah yang si dia alami pada hari tersebut. Fahami tugas dia dan jangan selalu membebel tak kena masa.
  2. Selalu memberi perhatian - Peka dengan perubahan emosinya. Jika sedang berbual melalui phone, be sensitive dengan nada suaranya kerana sesetengah orang menzahirkan emosinya melalui suara. Selalulah bertanya khabarnya setiap hari. 
  3. Percaya - Memang sukar untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya jika kita berjauhan dengan si dia. Tetapi bagi aku sendiri, aku sentiasa ingin percaya pada dia. Aku selalu katakan ini, "Aku hanya sayang kamu dan setia pada kamu. Jadi kalau kamu berlaku curang dan aku tidak tahu tentang itu, it's ok. Tapi dosa tanggung sendiri la..." Hoho---jangan tiru skrip aku ni ok. Aku berani kata macam tu pada dia sebab aku kenal sikap dia. Lagi satu, fahami masa dia bersama kawan-kawannya.
  4. Elakkan sengketa - Jangan ungkit tentang masa lalu dia. Kalau boleh, aku elakkan bercakap dan membandingkan dia dengan bekas kekasih aku yang lepas. Aku tahu dia tak suka dan tidak selesa. Jangan sesekali merendah-rendahkannya dan hormati dia. Jangan menuduh yang bukan-bukan selagi tak ada bukti dia buat perkara itu. 
  5. Sentiasa hiasi hari si dia dengan kata rindu dan mesra - IKHLAS dan jangan berpura-pura sayang.  Aku percaya, bila aku ikhlas dia akan dapat rasakan perasaan aku. Selalu nyatakan rasa rindu pada dia dan aku selalu menyatakan aku bertuah mengenalinya.
  6. Hargai masa bersama - Jika aku berpeluang menghabiskan masa dengannya, aku terlalu menghargai masa itu. Bila berjauhan semula, aku akan beritahu dia aku mengingati masa-masa itu. 
  7. Doa - Selalu berdoa semoga Tuhan juga menjaga hubungan aku dengannya. Jika hanya aku atau dia yang berusaha mengekalkan hubungan ini, mungkin aku atau dia tak mampu. Kuasa Tuhan melebihi semuanya. Aku percaya itu.


Tuesday

Fakta.Kopi.Aku.

Asal bangun, mesti terfikir, "Apa aku nak makan/minum untuk sarapan ye?" Bagi mereka yang perlu keluar bekerja seawal subuh (mungkin nak elak traffic-jammed), KOPI adalah teman baik, ye tak? Aroma kopi yang wangi pasti menggoda selera. huhu...aku terliur dah. =.='

5 fakta menarik tentang kopi:
  1. The second most widely used product in the world after oil. 
  2. It is a living to more than 100 million people. 
  3. It is consumed at the rate of 1400 million cups per day. 
  4. The world's second most popular drink after water.
  5. Light roast coffee actually has more caffeine than dark roast coffee (the longer the coffee is roasted, the more the caffeine being cooked out of the bean)

Ok now, lepas aku baca fakta-fakta ni, KOPI memang wow! Lagi satu hasil pembacaan aku, minum kopi boleh kurangkan risiko menghidap penyakit Alzheimer. Kajian di University of South Florida menemui satu bahan kimia di dalam kopi yang dapat membantu melawan proses berlakunya penyakit Alzheimer. Petikannya:


"...this interaction boosts blood levels of a growth factor called GCSF (granulocyte colony stimulating factor) that seems to fight off the Alzheimer’s disease process."

(sumber: care2.com)

TAPI...Besar TAPInya bagi aku, AKU TAK BOLEH MINUM KOPI! Best kan???! Melampau juga kalau nak kata aku ni alergik pada kopi atau kafein sebab simptom yang aku alami tak sampai ke tahap sebenar mereka yang betul-betul alergik dengan kafein. Setiap kali selepas aku minum kopi, aku akan mengalami sakit kepala yang amat, berdenyut-denyut dan tak terkata peningnya. Now, kalau perkiraan aku tak silap, dah lebih setahun aku tak minum kopi dan setiap kali aku terhidu bau kopi panas yang dibancuh (terutama kopi asli yang dikisar), aku akan TERLIUR! Teringin tapi TAK BOLEH! =.='

Thursday

T.O.D.A.Y

Best thing that happened this day:
I have Laksa Sarawak for lunch. My tummy feels so good. ^_^

What makes me feels =.=' today:
My friend is having a conflict with his loved one but I can do nothing to help him. Emm...I feel bad.

Bad/worst thing:
NONE. 

What I have learnt today:
Not everybody was born with an attractive appearance, impressive IQ etc. But still, with just one beautiful heart, you're gorgeous in your own way. The best part is that, in whatever you did, God shed His grace upon you and your job is to please Him. Be thankful :)


This day will end but I'm waiting for a refreshing new day to come. End the day with thanksgiving and start a new day with a prayer and faith.  :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...