Blogroll

Monday

Kekalkan Hubungan Jarak Jauh

Berjauhan dengan yang tersayang selalu diduga dengan pelbagai masalah perselisihan faham. Jadi, aku amalkan semua ini untuk kekalkan hubungan aku dengan yang tersayang (apa pun semua orang punya cara sendiri);




  1. Tetap berhubung - Curi sedikit masa dalam tempoh 24 jam yang aku ada untuk text & call dia. Dengarkan apa pun masalah yang si dia alami pada hari tersebut. Fahami tugas dia dan jangan selalu membebel tak kena masa.
  2. Selalu memberi perhatian - Peka dengan perubahan emosinya. Jika sedang berbual melalui phone, be sensitive dengan nada suaranya kerana sesetengah orang menzahirkan emosinya melalui suara. Selalulah bertanya khabarnya setiap hari. 
  3. Percaya - Memang sukar untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya jika kita berjauhan dengan si dia. Tetapi bagi aku sendiri, aku sentiasa ingin percaya pada dia. Aku selalu katakan ini, "Aku hanya sayang kamu dan setia pada kamu. Jadi kalau kamu berlaku curang dan aku tidak tahu tentang itu, it's ok. Tapi dosa tanggung sendiri la..." Hoho---jangan tiru skrip aku ni ok. Aku berani kata macam tu pada dia sebab aku kenal sikap dia. Lagi satu, fahami masa dia bersama kawan-kawannya.
  4. Elakkan sengketa - Jangan ungkit tentang masa lalu dia. Kalau boleh, aku elakkan bercakap dan membandingkan dia dengan bekas kekasih aku yang lepas. Aku tahu dia tak suka dan tidak selesa. Jangan sesekali merendah-rendahkannya dan hormati dia. Jangan menuduh yang bukan-bukan selagi tak ada bukti dia buat perkara itu. 
  5. Sentiasa hiasi hari si dia dengan kata rindu dan mesra - IKHLAS dan jangan berpura-pura sayang.  Aku percaya, bila aku ikhlas dia akan dapat rasakan perasaan aku. Selalu nyatakan rasa rindu pada dia dan aku selalu menyatakan aku bertuah mengenalinya.
  6. Hargai masa bersama - Jika aku berpeluang menghabiskan masa dengannya, aku terlalu menghargai masa itu. Bila berjauhan semula, aku akan beritahu dia aku mengingati masa-masa itu. 
  7. Doa - Selalu berdoa semoga Tuhan juga menjaga hubungan aku dengannya. Jika hanya aku atau dia yang berusaha mengekalkan hubungan ini, mungkin aku atau dia tak mampu. Kuasa Tuhan melebihi semuanya. Aku percaya itu.


1 ..helo there..:

Anonymous said...

semua betul. aku pun sedang praktik. carik gado sikit-sikit je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...