Blogroll

Friday

Akhirnya Aku Balik Juga!

Akhirnya pada petang Rabu, 20 April 2011 itu, dengar je tak ada kelas, aku dan beberapa orang beliau itu telah cabut balik rumah. Masa tu, aku fikir nak cepat sampai rumah je. Rindu dalam hati dah melampau-lampau. Sampai di terminal, pukul 2.20 petang. Cari punya cari, aku naik bas yang bertolak pukul 2.30 petang tu juga. Walaweh...tak menyempat-nyempat aku nak makan tengah hari. Tapi aku tak kisah, yang penting aku balik. Haha...dahlah ada seorang pak cik dalam bas tu, duduk tak jauh dari aku, suka sangat bercerita pasal anak-anak dia. Jenuh aku di'interview' beliau. Penat tapi seronok juga la. Cuma, tabiat aku bila balik ni, aku mesti nak makan tak henti-henti dalam bas tu. Paling tidak, aku tido. Otherwise, confirm mabuk punya la.

Sampai je kat rumah pukul 10.00 malam. Dalam keadaan yang tak mandi lagi, aku terus merompak makanan yang ada kat dapur. Maka dengan kesiannya, mak ku yang tersayang pun masak la untuk aku. Wah...bahagia sungguh saat itu. Rumahku, syurgaku... ^^

Bila masa nak balik kampus, itulah saat paling sedih. Tak suka tengok mak nangis. wuwu... T.T

NAK BALIK RUMAH LAGI!!!

Saturday

Nak Balik!

Serius, memang aku nak balik cuti Good Friday ni. Aku rindu sangat-sangat kat rumah. Rasa macam dah setahun aku tak balik. Rindu mak, rindu apak, rindu adik-adik, rindu kebun, rindu semuanya...

Sebelum balik, ada satu benda aku nak pertimbangkan: tambang balik. Memang kering la kalau aku balik juga next week. Tapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Sebulan je lagi sebelum cuti semester tapi aku rasa betul-betul tak sabar nak balik. Anak-anak perantau mesti faham apa yang aku rasa ni. Aku nak 'ngerepak' sikit la... Asal cuti je, muka-muka yang akan jadi muka first terjengul kat depan pintu rumah diorang adalah muka-muka insan yang tinggal kat area Kuching ni. Dengan nada yang penuh jeles, tahap excited diorang nak balik tu mengalahkan insan-insan yang tinggal kat luar Kuching ni. Contoh, Sibu, Kapit, Miri, Limbang. Kecik ati I ditinggalkan tercongok-congok depan pintu bilik asrama. Jeles betul I...

Jadi, back to the topic, apa keputusan aku ni? Nak balik jugak ke next week???

Wednesday

Once upon a story...

Kesian blog aku...Serius, rindu betul dengan blog aku ni. Dah berbulan aku biarkan sahabat bisu aku ni keseorangan tak berteman. Aku pun dah jarang datang bertandang. Sebabnya:

  1. Hidup aku ditimbuni assignments. Semput dibuatnya.
  2. Langsung tak dapat detect wireless kat bilik aku ni.
Tapi sebab musabab yang paling menyumbang ke arah berlakunya pengabaian blog ini ialah sebab yang pertama tu. Adapun wireless, kalau dah busy memanjang, tido pun boleh lupa.. huhu~

Anyway, terima kasih bebanyak kat insan-insan yang selalu sudi singgah-menyinggah dan tandang-bertandang ke blog aku ni walaupun aku mungkin tak respon pun kat mana-mana komen korang. So, siapa-siapa yang baca blog aku ni, sudi-sudi la tinggalkan pesanan korang dengan URL blog korang sekali ye? ^^

Sunday

Love & Friendship Quotes




Love is so powerful because being loved causes one to love oneself. Nothing contributes to the self-image more than being loved by another. When the words, "I love you" are expressed to you for the first time, your world blossoms, your heart glows with inspiration, confidence and thoughts of the mountains you can move. It’s more than an emotional kick; suddenly you like yourself more than you ever have before.

Robert Conklin



A real friend is someone who walks in when the rest of the world walks out.
Proverb

A single flower can be my garden, a single friend my world...

Leo Buscaglia








Monday

Tahap Uzumaki Naruto

TEKANAN, BINGUNG! Itu yang aku rasa saat ini.
What's more,
I MISS HOME!

Aku gelarkan benda ni semua stres & kurang kasih sayang tahap Uzumaki Naruto~
Tapi hidup Naruto, no worry be happy.
Pasal dia ada power. Built in power pula tu. Aku?


Low bat betul aku hari ni. Tambah2, ada subjek yang aku tak ingin nak sebut namanya pun.
Pasal aku tak pandai langsung subjek tu. hoho~
Tengok je ni korang tau la apa subjek tu. huhu~


Konon2 masa cuti nak buat tugasan tapi aku & keluarga sibuk berpindah-randah.
Dan kesudahan ceritanya, kerja aku satu pun tak siap.
Hari ni, aku mula la nak perah otak. Adios~
Insaflah dari mengeluh dan tak berusaha.
bla...bla...bla...

Kesimpulannya aku harus mengaku...
Walaupun aku bukan Uzumaki Naruto yang hebat...
Aku ada TEMAN yang lebih hebat.
TUHAN sumber sukacita dan pengharapanku.
TUHAN sumber kekuatanku.
Hanya pada DIA aku berdoa dan mengucap syukur. ^^




Tuesday

Semangat! Semangat!

SHARIFAH ABU SALEM

Bagi peminat seni penulisan novel dan drama tanah air, nama beliau ini memang sering menjadi tumpuan. Beliau adalah penulis novel dan skrip drama yang paling aku kagumi. Setiap hasil karya beliau begitu memberi inspirasi dan menyuntik semangat aku berkarya.

Semalam, aku 'tertonton' satu slot drama bertajuk Trilogi Cinta yang disiarkan di TV1. Pada mulanya aku seperti pernah mengenali nama-nama watak di dalam drama tersebut. Sah! Adaptasi dari novel-novel hasil karya Sharifah Abu Salem; , Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian & Tiada Lagi Mimpi. Aku sungguh kagum! Pertama kali aku membaca novel-novel tersebut, aku sudah menyimpan impian untuk melihat karya tersebut diterbitkan dalam bentuk drama pula. Novel ini telah membuatkan aku menitiskan air mata. Seikhlasnya, tahniah!

Seorang lagi penulis yang aku kagumi, novelis thriller no 1 Malaysia, Ramlee Awang Mursyid. Bila agaknya novel-novel beliau boleh difilemkan terutama siri lagenda Laksamana Sunan; Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta. Namun, novel-novel beliau yang lain juga sungguh tidak kurang hebat bagi aku; Hatiku di Harajuku, Mikhail, siri Tombiruo etc. Agaknya pengarah mana yang sanggup menerima cabaran menerbitkan filem adaptasi dari novel-novel beliau ye? ^^

Berakhir mukadimah, beralih ke kisah aku...aduh...cuti yang tidak produktif bagi aku. Berkait rapat dengan minat aku terhadap bidang penulisan; aku kekeringan idea! Setiap malam aku menconteng-conteng buku notaku, mencari setiap kemungkinan wujudnya idea-idea yang meletup tapi TAK ADA! Macam mana ni? Agaknya bagaimana Sharifah Abu Salem & Ramlee Awang Mursyid beroleh idea?

Bila aku fikir-fikir balik, semuanya kerana pengalaman agaknya. Aku masih bertatih, kurang pengalaman. Kadang-kadang aku tersungkur juga. Kalau aku tak ambil inisiatif untuk bangkit, jangankan bertatih, merangkak pun aku tak mampu. (sebenarnya sedang memberi motivasi kepada diri sendiri) Jadi konklusinya, aku perlu keluar cari pengalaman. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...