Blogroll

Monday

Perkhemahan Unit Beruniform (KRS)

Rasa lega yang tidak terhingga setelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KRS, selepas 2 semester belajar ilmu kawad, ikatan dan bantu mula. Seriously, aku rasa seronok sangat. Banyak sangat pengalaman baru yang aku dapat hasil perkhemahan ni. Nak cerita semua memang tak dapat la.

Khemah patah tiang tengah - hujan lebat dan ribut kuat pada hari pertama. Basah lencun dalam usaha menyelamatkan barang-barang yang tak sepatutnya basah. Apa yang penting kawan-kawan? KERJASAMA la... =)

Amali ikatan, bantu mula dan kawad - mendebarkan tetapi penuh makna. ^^

Kembara sosial - menyusuri pantai di Kem Alapong sambil mengumpul kulit-kulit siput. Then, masak di tepi pantai dan makan beramai-ramai bersama jurulatih.

Aktiviti air - Main bola baling di dalam air. Enjoy!

BBQ - Di tepi pantai, menikmati angin malam. Campfire la konon. Hehe...

Paling best, kembara waktu malam di tepi Pantai Alapong dan melalui chalet-chalet terbiar. Serius cakap, ini pengalaman yang meremangkan bulu roma aku. Jam masa tu lebih kurang pukul 12.00 malam sebab ini aktiviti terakhir pada malam tersebut. Dalam satu pasukan, walaupun terdiri daripada 15 orang termasuk seorang jurulatih, aku rasa seperti aku berjalan seorang diri melalui kawasan chalet tu. Betul-betul seram tapi syukurlah tiada perkara yang lebih menakutkan berlaku. Selepas tamat aktiviti, barulah seorang rakan sepasukan menceritakan yang dia terlihat 'sesuatu' tetapi tidak mahu bersuara kerana bimbang akan reaksi rakan lain.

Antara lain, Malam Kebudayaan adalah malam yang paling menyeronokkan. 4 orang jurulatih yang menyertai malam ini juga kelihatan sangat seronok. Aku sendiri pun tak sangka rakan-rakan sepasukan sangat kreatif dan berbakat (dalam bab buat lawak la...)

Kalau diberi peluang, aku nak pergi lagi. Seronok sangat!

2 ..helo there..:

F. Methieu said...

waa....bez nyer.....untung kalau dapat ikut.....

Kumang Lelang said...

siapakah beliau yg b'nama Left. Muda Bob Foster hari tu? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...