Blogroll

Monday

Kekalahan Datuk Lee Chong Wei tidak harus jadi isu!


Patut puji usaha hero negara, Datuk Lee Chong Wei.
Bukannya mengutuk.
Cuba fikirkan siapa yang meletakkan nama Malaysia di persada dunia?
Usah berfikiran cetek dan tandus seperti orang yang tak berpelajaran.
Kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang hanya tahu mengkritik.
Tetapi, diri sendiri buta untuk melihat usaha orang lain.

Kalaulah golongan pengkritik ini yang menyarung jersi Malaysia, sejauh mana mereka dapat pergi?
Tepuk dada tanya selera.
Jangan buta akal, buta minda dan buta hati.

Datuk Lee Chong Wei tetap yang terbaik.
Aku sangat bangga kerana nama beliau gah di mata dunia.
Bukan yang pertama, tetapi beliau tetap yang terbaik buat semua rakyat Malaysia yang ingin melihat beliau berjaya.

Nota kaki: Aku pun tak dapat nak terjemahkan betapa bengangnya aku di saat mereka ni mengutuk usaha Datuk Lee Chong Wei. >.<

3 ..helo there..:

Liza Razak said...

walaupun LCW kalah...tapi dia tetap hero di hatiku :)

Kumang Lelang said...

semestinya! Sangat gembira bila dengar beliau tak jadi nak bersara dari persada badminton.

vendoline said...

perngkritik yg tak reti bersyukur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...