Blogroll

Sunday

Memori bersama mereka...


Yang ni kalau tak silap adalah Majlis Persaraan Datin Pengarah. =)


Ini performance pertama di Sibu.

Ini selepas Majlis Konvokesyen. =)

Tarikh 7 Julai 2011 dan 9 Julai 2011 membawa makna yang sungguh besar bagi ahli Orkestra IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Penat yang sungguh berbaloi bersama mereka. Tahun ini bersama dengan ahli-ahli baru yang menggantikan abang-abang dan kakak-kakak KPLI yang pernah menganggotai orkestra di bawah pimpinan Encik Abdul Latiff Poli@ Latepoli tidak merubah kemeriahan dalam orkestra ni. Biarpun bersama dengan ahli baru, kita tetap
cool! I love u all. ^^

7 Julai 2011 adalah Majlis Konvokesyen graduan-graduan KPLI (juga hari jadi miss Beatrice,
roommate tersayang & miss Jessie - classmate a.k.a kak long) . Menariknya majlis ni, kami buat persembahan di depan YAB Pehin Seri & isteri. First performance juga di depan YAB Pehin Seri, di Dewan Suarah Sibu, bersama pasukan drama Piala Ketua Menteri Sarawak IPG Kampus TAR pada tahun lepas.

9 Julai 2011 pula adalah majlis pelancaran 25 tahun pembangunan Kota Samarahan. Sekali lagi kami buat persembahan lagu 1 Malaysia di hadapan YAB Pehin Seri & isteri. I really enjoyed it. Rasa
happening sangat-sangat walaupun aku tahu kita semua penat mengangkat instrumen-instrumen kita yang banyak tu. Tapi tak apa juga, yang penting makan free lepas majlis. haha. ;p

Paling penting, PENGALAMAN & KEPUASAN. ^^
Maaf gambar-gambar di atas ni mungkin tak clear, mungkin sebab jurugambarnya nervous. hehe...Apapun makseh kepada jurugambar ni semua.

Semua muzik yang dimainkan adalah gubahan Encik Latiff. Lagu-lagu yang pernah dimainkan oleh Orkestra Pop IPG Kampus Tun Abdul Razak ialah;

  1. Malam Ku Bermimpi - P. Ramlee
  2. Nilai Cinta - Ahmad Daud & Saloma
  3. Malam Bulan Dipagar Bintang - P. Ramlee
  4. Di Mana kan Ku Cari Ganti - P. Ramlee
  5. Tiada Lagi - Search
  6. Sway - Michael Buble
  7. Madu - Amriz
  8. Congratulations - Cliff Richard
  9. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
  10. 1 Malaysia - Roonie & Ernie


2 ..helo there..:

Syam Tajuddin said...

Yes, I do really enjoying my experience during high school's wind orchestra.

Good luck Yan, and good luck IPGKTAR :)

Kumang Lelang said...

Terima kasih abg syam! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...