Blogroll

Tuesday

Buat Seorang Kawan

Nak dijadikan cerita, adalah seorang kawan aku ni, memang kawan baik la. Dia selalu cerita masalah dia kat aku. Bila dia gembira, aku tumpang gembira. Bila dia sedih, aku orang pertama yang akan tahu. Dia tak pandai berahsia, semua dia cerita dekat aku.

Tapi di sini, bukan aku nak ceritakan semua masalah dia tapi aku pun terasa berat bila mendengar setiap kali dia bersedih dan mengeluh. Aku tahu, dia tak boleh rahsiakan masalah dia dari aku tapi terus terang cakap, aku susah nak fahami dia. Sebabnya, dia cerita masalah tapi dia tak pernah kongsi apa perasaan dia. Dia cerita, dia senyum, walaupun bagi aku sendiri masalah dia tu berat. Aku harap aku boleh jadi setabah dia tapi aku juga ingin sekali memahami perasaan dia.

Ceritanya, dia suka seseorang ni dan orang tu pun beri respon yang positif juga. Hari-hari berlalu, dia makin ceria kerana ada si dia. Sebab selama ni, terus terang cakap, kawan aku tu sunyi. Tak pernah ada walau seorang pun lelaki yang beri perhatian pada dia, hingga kadangkala aku terfikir ke mana perginya semua lelaki? Walaupun dia ada kawan, tapi dia perlukan seseorang yang lebih istimewa. Setiap hari dia berdoa semoga ada seseorang untuk dia. Jadi bagi dia, kehadiran si dia itu sungguh bermakna buat dirinya.

Si dia hari-hari akan tanya khabar, dah makan belum, gembira tak hari ni...dan si kawan aku ni pun rasa diri dia dihargai dan disayangi. Paling bahagia bila si dia itu menyatakan rasa sayang pada kawan aku ni. Tapi, mana silapnya entah la...tiba-tiba si dia tu menghilangkan diri. Diam tanpa khabar berita. Bila ditanya, tidak menjawab. Jangankan nak bertegur sapa, bila nampak je kawan aku ni, dia cabut. Apa salah kawan aku ni pun, aku tak tahu. Dibiarnya kawan aku ni makan hati, memendam rasa.

Kawan aku ni, dulu dia periang. Dia suka ketawa, dia suka senyum tapi sekarang aku dah tak nampak semua tu. Tapi dia tidak menangis. Dia tidak merungut bila ditinggalkan macam tu je. Dia cuma akan cakap, “Tak apalah, aku bersyukur sebab masih ada kau.” Siapa yang tak sedih? Aku pun dah tak tahu nak cakap apa lagi pada dia. Kawan, aku harap kau bertemu dengan orang yang boleh menghargai kehadiran kau di sisinya.

1 ..helo there..:

God's Princess said...

aku doakan yang terbaik utk kwn d nya sulu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...