Abangku Rueben mengajak aku balik bersama isterinya ke kampung yang terletak di Sibu, jauh dari tempat tinggal kami di Kuching tetapi aku tidak juga menolak kerana sudah lama aku tidak menjenguk kampung halaman kak Yen sejak hampir setahun yang lalu sewaktu keluargaku menghantar rombongan mengambil kak Yen sebagai isteri abang mengikut adat masyarakat Iban. Kemudian, perkahwinan mereka berlangsung gereja Sacred Heart Cathedral Sibu, gereja Katolik yang terawal di Sarawak.
Aku masih mengingati saat-saat abang yang berpeluh-peluh menunggu kedatangan rombongan pengantin perempuan. Kak Yen adalah pengantin perempuan yang tercantik pernah aku lihat. Dengan gaun pengantin yang berwarna merah jambu muda dan tiara yang menghiasi rambutnya, kak Yen betul-betul kelihatan seperti seorang puteri pada ketika itu dan abanglah orang yang paling gembira di hari yang berbahagia itu.
Dengan izin ayah dan ibu, aku mengikuti abang dan kak Yen pulang dengan kereta. Sebelum bertolak pada pagi itu, sempat aku menelefon Shasha dan Shawn pada malam itu.
“Sha, aku nak balik kampung kakak ipar aku esok la. Kau dan Shawn jaga diri, jangan asyik berperang, aku takkan ada nak damaikan kau orang berdua,” aku sempat mengusik Shasha. Shasha tertawa kecil mendengar usikanku.
“Bukan kau tak tau, ‘berperang’ dah jadi asam garam dalam hubungan kami,’ balas Shasha. Aku mengangguk, seolah-olah Shasha dapat melihat reaksiku.
“Angel, jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa kirimkan ucapan tahniah aku pada kak Yen. Aku pula yang rasa bahagia mendengar berita ni.”
“Aku tau, Sha. Bagi pihak kak Yen, aku ucapkan terima kasih. Aku pun rasa bahagia sangat. Teruja sangat. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dah,” ujarku.
“Aku faham, Angel. Kadang-kadang, teringin pula aku nak ajak Shawn kahwin cepat-cepat. Aku nak ada baby sendiri,” kedengaran tawa nakal di hujung kata-kata Shasha. Aku juga tertawa sama. Shasha memang nakal tetapi aku jadi tidak pasti sama ada Shasha pernah meluahkan semuanya kepada Shawn.
“Kau dah pernah luahkan perasaan kau tu pada Shawn tak?” tergerak pula hatiku hendak bertanya. Shasha tertawa lagi.
“Shawn cakap aku gila,”
“Kenapa pula?”
“Dia cakap, dia nak bagi makan apa anak bini dia? Takkan nak makan batu?”
Giliran aku pula ketawa. Shawn memang menyayangi Shasha dan aku juga jadi senang melihat hubungan mereka berdua. Andai rakan baikku bahagia, aku juga turut tumpang bahagia bersama.
“Okeylah Sha, aku nak berkemas dulu. Takut ada barang yang tertinggal. Kau tahu sajalah abang aku tu, pantang kalau aku tertinggal barang. Membebel mengalahkan mak,” kataku.
“Okay darling, take care! Jangan lupa bawa apa-apa dari Sibu tau? Sayang you!” kata Shasha manja. Aku tersenyum mendengar usikannya.
“Tak kisah, apa-apa je pun?” aku menyoal.
“Yes, darling. Apa-apa pun!”
“Kalau macam tu, aku tapau katak kampung untuk kau,” aku berseloroh.
“Berani, cubalah! Aku ‘birukan’ mata kau nanti,” Shasha membalas dengan nada serius. Aku tahu dia memang anti dengan ciptaan Tuhan yang satu itu. Aku ketawa.
“Aku gerak dulu. Esok-esok aku call kau balik ye?”
“Ok, love you, Angel!” suara riang Shasha menghiburkan aku.
Aku mematikan talian dan membuang pandang pada bagasiku. Sekilas aku terpandang sebuah bingkai gambar di atas rak buku milikku. Aku merenung dua insan yang tersenyum dalam gambar itu, tidak termasuk aku. Shasha dan Shawn. Mereka berdua banyak menceriakan hidupku. Novel-novel yang tersusun di atas rak itu adalah pemberian mereka berdua. Aku memang minat membaca pada waktu lapangku. Kadangkala, aku suka menghabiskan masa dengan menonton animasi Jepun yang berbentuk thriller dan humour, terutama sekali siri Naruto dan Bleach kesayangan aku tu.
Ah, lupakan tentang minat! Aku teringat akan ibu dan kak Yen yang mungkin sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam di dapur. Pasti abang membebel lagi kerana membiarkan ibu dan kak Yen. Maka, aku membuka langkah menuruni tangga ke ruangan dapur. Ruby yang sedang bersantai di depan pintu depan begitu peka dengan kehadiranku, lantas anjing kecil baka Chihuahua berwarna perang itu berlari-lari mendapatkan aku. Aku memeluknya dan membawanya ke pintu dapur. Betul sangkaanku, ibu dan kak Yen sedang sibuk di dapur. Abang Rueben juga ada bersama.
“Budak ni ke hulu ke hilir dengan Ruby tu. Letak la dulu Ruby tu, bukannya lari ke mana pun. Tolonglah kakak Yen dan mak tu,” bebel abang. Aku mencebik namun aku patuh. Ruby pula seolah-olah mengerti dan spontannya ia duduk berdekatan dengan pintu dapur. Jenuh menunggu di situ. Ruby mahupun Russel langsung tidak dibenarkan masuk ke dapur. Aku senang dengan kepatuhan Ruby dan Russel.
Aku terus saja mendapatkan kak Yen dan menggantikan tempatnya. Kak Yen membantah namun aku bertegas membantunya. Ibu juga tidak membantah tindakanku. Aku juga sebenarnya tidak mahu kak Yen berasa terasing di dalam rumah ini. Aku tahu kak Yen agak janggal bersama keluargaku. Kata abang, dulu kak Yen selalu menyuarakan kerisauannya mengenai penerimaan keluargaku terhadapnya. Kak Yen sedar dirinya dari keluarga yang susah, apatah lagi kak Yen tidak berpelajaran dan lebih berusia daripada abang. Namun, aku begitu menyenangi kak Yen sejak pertama kali aku bertemunya. Begitu juga dengan ayah dan ibu. Kak Yen adalah wanita teristimewa dalam hidup abangku dan aku juga ingin sekali dia menjadi kakak iparku. Kebahagiaan abang adalah kebahagiaan kami bersama.
“Teringatkan orang mana tu, Angel?” usikan ayah menenggelamkan lamunanku. Aku terjerit kecil.
“Ayah ni memang sengaja nak usik Angel, kan?” balasku. Kak Yen dan ibu ketawa. Abang pula tersenyum simpul.
“Tunggu la sepuluh tahun lagi, ayah,” balasku lagi. Ayah mengerutkan dahi.
“Lama sangat tu . Bila lagi mak dan ayah dapat merasa menimang cucu sendiri?” kata ayah. Aku tahu ayah bergurau, maka aku biarkan sahaja pernyataan ayah dan memberikan senyuman sebagai jawapan. Aku terdengar abang menyampuk.
“Sabarlah, Angel. Habiskan dulu study kamu tu. Abang kan ada untuk bagi cucu pada mak dan ayah?” kata abang, nakal. Aku ketawa geli hati melihat kak Yen tersipu malu.
“Abang dan kak Yen bukankah bercinta masa abang belum habis lagi study, kan?” aku pula sengaja menyakat kak Yen. Kak Yen tersenyum simpul dan mengangguk. Aku senyum gembira kerana berjaya membalas balik. Abang Rueben mencebik, persis budak kecil.
Aku membiarkan perasaan abangku. Aku mula membayangkan perjalanan esok yang akan memakan masa yang begitu lama. ‘Masak’lah aku dalam kereta! Aku mula terfikir apa yang harus aku lakukan sepanjang perjalanan yang pastinya membosankan itu.
Labels: Story to tell