Buat abang2 dan kakak2 senior yang menamatkan pengajian, selamat jalan, jumpa lagi & terus berjaya biar di mana pun anda. =) Sebelum terlambat, Merry Christmas kepada semua yang menyambut perayaan ini. God bless! Saya akan balik malam ni & selamat bercuti kepada semua. Buat abang2 dan kakak2 senior yang akan meninggalkan IPG tercinta ni, semoga berjumpa lagi di lain hari dan masa. Semoga semuanya kekal sihat dan diberkati. Juga, terima kasih kerana biar siapa pun anda, kehadiran anda di institut ini telah banyak meninggalkan kenangan buat semua & anda telah banyak menyumbang kepada institut tercinta. Biarlah ilmu yang diperolehi sepanjang 5 tahun setengah tempoh pengajian ini dimanfaatkan demi kesejahteraan generasi yang memerlukan khidmat bakti dan jasa seorang yang bergelar guru. Selamat bertugas semua!Ingin saya selitkan sedikit kenangan bersama abang2 dan kakak2 senior, namun saya tidak mempunyai banyak gambar kenangan bersama mereka. Jujur, saya merasa cukup bertuah ramai di antara mereka begitu murah hati, ceria dan suka membantu.(Buat pengetahuan, saya bukan seorang jurugambar tetapi hanya sukakan gambar-gambar sebagai medium penceritaan & penghayatan bisu namun penuh bermakna).Akhir kata, sambutlah salam sayang saya buat semua. Doa saya tetap bersama abang2 dan kakak2 semua. All the best!
Labels: Life