Blogroll

Saturday

Untitled Bab 2 Bahagian 2

Abangku Rueben mengajak aku balik bersama isterinya ke kampung yang terletak di Sibu, jauh dari tempat tinggal kami di Kuching tetapi aku tidak juga menolak kerana sudah lama aku tidak menjenguk kampung halaman kak Yen sejak hampir setahun yang lalu sewaktu keluargaku menghantar rombongan mengambil kak Yen sebagai isteri abang mengikut adat masyarakat Iban. Kemudian, perkahwinan mereka berlangsung gereja Sacred Heart Cathedral Sibu, gereja Katolik yang terawal di Sarawak.

Aku masih mengingati saat-saat abang yang berpeluh-peluh menunggu kedatangan rombongan pengantin perempuan. Kak Yen adalah pengantin perempuan yang tercantik pernah aku lihat. Dengan gaun pengantin yang berwarna merah jambu muda dan tiara yang menghiasi rambutnya, kak Yen betul-betul kelihatan seperti seorang puteri pada ketika itu dan abanglah orang yang paling gembira di hari yang berbahagia itu.

Dengan izin ayah dan ibu, aku mengikuti abang dan kak Yen pulang dengan kereta. Sebelum bertolak pada pagi itu, sempat aku menelefon Shasha dan Shawn pada malam itu.

“Sha, aku nak balik kampung kakak ipar aku esok la. Kau dan Shawn jaga diri, jangan asyik berperang, aku takkan ada nak damaikan kau orang berdua,” aku sempat mengusik Shasha. Shasha tertawa kecil mendengar usikanku.

“Bukan kau tak tau, ‘berperang’ dah jadi asam garam dalam hubungan kami,’ balas Shasha. Aku mengangguk, seolah-olah Shasha dapat melihat reaksiku.

“Angel, jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa kirimkan ucapan tahniah aku pada kak Yen. Aku pula yang rasa bahagia mendengar berita ni.”

“Aku tau, Sha. Bagi pihak kak Yen, aku ucapkan terima kasih. Aku pun rasa bahagia sangat. Teruja sangat. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dah,” ujarku.

“Aku faham, Angel. Kadang-kadang, teringin pula aku nak ajak Shawn kahwin cepat-cepat. Aku nak ada baby sendiri,” kedengaran tawa nakal di hujung kata-kata Shasha. Aku juga tertawa sama. Shasha memang nakal tetapi aku jadi tidak pasti sama ada Shasha pernah meluahkan semuanya kepada Shawn.

“Kau dah pernah luahkan perasaan kau tu pada Shawn tak?” tergerak pula hatiku hendak bertanya. Shasha tertawa lagi.

“Shawn cakap aku gila,”

“Kenapa pula?”

“Dia cakap, dia nak bagi makan apa anak bini dia? Takkan nak makan batu?”

Giliran aku pula ketawa. Shawn memang menyayangi Shasha dan aku juga jadi senang melihat hubungan mereka berdua. Andai rakan baikku bahagia, aku juga turut tumpang bahagia bersama.

“Okeylah Sha, aku nak berkemas dulu. Takut ada barang yang tertinggal. Kau tahu sajalah abang aku tu, pantang kalau aku tertinggal barang. Membebel mengalahkan mak,” kataku.

Okay darling, take care! Jangan lupa bawa apa-apa dari Sibu tau? Sayang you!” kata Shasha manja. Aku tersenyum mendengar usikannya.

“Tak kisah, apa-apa je pun?” aku menyoal.

Yes, darling. Apa-apa pun!”

“Kalau macam tu, aku tapau katak kampung untuk kau,” aku berseloroh.

“Berani, cubalah! Aku ‘birukan’ mata kau nanti,” Shasha membalas dengan nada serius. Aku tahu dia memang anti dengan ciptaan Tuhan yang satu itu. Aku ketawa.

“Aku gerak dulu. Esok-esok aku call kau balik ye?”

“Ok, love you, Angel!” suara riang Shasha menghiburkan aku.

Aku mematikan talian dan membuang pandang pada bagasiku. Sekilas aku terpandang sebuah bingkai gambar di atas rak buku milikku. Aku merenung dua insan yang tersenyum dalam gambar itu, tidak termasuk aku. Shasha dan Shawn. Mereka berdua banyak menceriakan hidupku. Novel-novel yang tersusun di atas rak itu adalah pemberian mereka berdua. Aku memang minat membaca pada waktu lapangku. Kadangkala, aku suka menghabiskan masa dengan menonton animasi Jepun yang berbentuk thriller dan humour, terutama sekali siri Naruto dan Bleach kesayangan aku tu.

Ah, lupakan tentang minat! Aku teringat akan ibu dan kak Yen yang mungkin sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam di dapur. Pasti abang membebel lagi kerana membiarkan ibu dan kak Yen. Maka, aku membuka langkah menuruni tangga ke ruangan dapur. Ruby yang sedang bersantai di depan pintu depan begitu peka dengan kehadiranku, lantas anjing kecil baka Chihuahua berwarna perang itu berlari-lari mendapatkan aku. Aku memeluknya dan membawanya ke pintu dapur. Betul sangkaanku, ibu dan kak Yen sedang sibuk di dapur. Abang Rueben juga ada bersama.

“Budak ni ke hulu ke hilir dengan Ruby tu. Letak la dulu Ruby tu, bukannya lari ke mana pun. Tolonglah kakak Yen dan mak tu,” bebel abang. Aku mencebik namun aku patuh. Ruby pula seolah-olah mengerti dan spontannya ia duduk berdekatan dengan pintu dapur. Jenuh menunggu di situ. Ruby mahupun Russel langsung tidak dibenarkan masuk ke dapur. Aku senang dengan kepatuhan Ruby dan Russel.

Aku terus saja mendapatkan kak Yen dan menggantikan tempatnya. Kak Yen membantah namun aku bertegas membantunya. Ibu juga tidak membantah tindakanku. Aku juga sebenarnya tidak mahu kak Yen berasa terasing di dalam rumah ini. Aku tahu kak Yen agak janggal bersama keluargaku. Kata abang, dulu kak Yen selalu menyuarakan kerisauannya mengenai penerimaan keluargaku terhadapnya. Kak Yen sedar dirinya dari keluarga yang susah, apatah lagi kak Yen tidak berpelajaran dan lebih berusia daripada abang. Namun, aku begitu menyenangi kak Yen sejak pertama kali aku bertemunya. Begitu juga dengan ayah dan ibu. Kak Yen adalah wanita teristimewa dalam hidup abangku dan aku juga ingin sekali dia menjadi kakak iparku. Kebahagiaan abang adalah kebahagiaan kami bersama.

“Teringatkan orang mana tu, Angel?” usikan ayah menenggelamkan lamunanku. Aku terjerit kecil.

“Ayah ni memang sengaja nak usik Angel, kan?” balasku. Kak Yen dan ibu ketawa. Abang pula tersenyum simpul.

“Tunggu la sepuluh tahun lagi, ayah,” balasku lagi. Ayah mengerutkan dahi.

“Lama sangat tu . Bila lagi mak dan ayah dapat merasa menimang cucu sendiri?” kata ayah. Aku tahu ayah bergurau, maka aku biarkan sahaja pernyataan ayah dan memberikan senyuman sebagai jawapan. Aku terdengar abang menyampuk.

“Sabarlah, Angel. Habiskan dulu study kamu tu. Abang kan ada untuk bagi cucu pada mak dan ayah?” kata abang, nakal. Aku ketawa geli hati melihat kak Yen tersipu malu.

“Abang dan kak Yen bukankah bercinta masa abang belum habis lagi study, kan?” aku pula sengaja menyakat kak Yen. Kak Yen tersenyum simpul dan mengangguk. Aku senyum gembira kerana berjaya membalas balik. Abang Rueben mencebik, persis budak kecil.

Aku membiarkan perasaan abangku. Aku mula membayangkan perjalanan esok yang akan memakan masa yang begitu lama. ‘Masak’lah aku dalam kereta! Aku mula terfikir apa yang harus aku lakukan sepanjang perjalanan yang pastinya membosankan itu.

Untitled Bab 2 Bahagian 1

Sorry sebab tak dapat nak update blog hari-hari. Anyway, I'll keep on writing, just it will take times to upload it. ^^

"Tersedak aku mendengar kata-kata abang. Cepat-cepat aku mencapai gelas air dan meneguknya.

“Abang ni biar betul?” Aku pula yang terlebih dahulu menyoal sebelum sempat ibu dan ayah bersuara. Abang mengangguk-angguk dan kak Yen pula tersenyum senang.

“Sembilan bulan bukan sekejap, endun. Hati-hati kalau nak buat sebarang pekerjaan,” kata ibu kemudiannya.

“Baik benar berita yang kamu bawakan malam ni, Igat,” sambung ayah sambil mengucap syukur kepada Tuhan Sang Pencipta Alam. Di dalam hati aku turut bersyukur.

Aku pula yang teruja mendengar berita yang abang sampaikan. Patutlah abang dan kak Yen bertandang ke rumah malam ini. Patutlah juga mood abang baik petang tadi. Ada berita gembira yang hendak disampaikan.

“Abang, kalau perempuan, letak nama Angelia okey? Kalau lelaki, letak nama Angelo,” kataku. Kak Yen terus ketawa.

“Kenapa mesti nama ‘Angel’ juga kat depan tu?” abang mengerutkan dahi.

“Mestilah, abang. Saya kan bakal aunty kepada baby yang akak kandungkan tu,” sahutku.

“Tak boleh, sebagai bakal daddy, abang yang akan bagi nama pada anak abang,” abang enggan mengalah. Aku pura-pura merajuk. Aku tahu abang sangat gembira kerana bakal menyambut kelahiran anak pertamanya dan aku tidak mahu merosakkan kegembiraan abang.

“Baik jika kita adakan majlis kesyukuran di atas pemberian-Nya ini. Agaknya bila masa yang kamu berdua nak rancang, Igat? Yen?” ayah bertanya kepada abang. Abang menyerahkan semuanya kepada ibu dan ayah. Maka semua bersetuju majlis kesyukuran diadakan pada 27 Disember tahun ini, dua hari selepas Hari Krismas. Aku pula yang tidak sabar-sabar menanti kelahiran anak buahku walaupun kandungan kak Yen baru berusia beberapa minggu.

“Ayah, rasanya saya dan Yen nak balik ke kampung Yen. Kami bercadang nak bawa Apai Yen ke sini bersama untuk majlis kesyukuran dan Krismas sekali,” abang menyuarakan keinginannya dan kak Yen. Aku melihat ayah dan ibu mengangguk setuju. Aku yakin ayah dan ibu juga sebenarnya ingin sekali bertemu dengan besan mereka. Lagi pula, ayah kak Yen tinggal berdua dengan adik lelaki kak Yen yang berusia 16 tahun. Seorang lagi adik lelaki kak Yen yang berusia 21 tahun masih belajar di universiti di Shah Alam.

Aku melihat kak Yen dan ibu sudah mula mengemas meja. ‘Bila pula ayah dan abang beredar dari meja makan?’ fikirku. Aku lantas menyuap suapan terakhir, bangun dan sama membantu. Kak Yen ku suruh berehat memandangkan rahimnya sedang mengandungkan bakal anak buahku. Aku tidak mahu sesuatu terjadi pada kak Yen dan kandungannya yang baru berusia 3 minggu itu. Aku pula yang tidak sabar-sabar menanti.

Friday

Selamat Bercuti

Buat abang2 dan kakak2 senior yang menamatkan pengajian, selamat jalan, jumpa lagi & terus berjaya biar di mana pun anda. =)

Sebelum terlambat, Merry Christmas kepada semua yang menyambut perayaan ini. God bless!


Saya akan balik malam ni & selamat bercuti kepada semua. Buat abang2 dan kakak2 senior yang akan meninggalkan IPG tercinta ni, semoga berjumpa lagi di lain hari dan masa. Semoga semuanya kekal sihat dan diberkati. Juga, terima kasih kerana biar siapa pun anda, kehadiran anda di institut ini telah banyak meninggalkan kenangan buat semua & anda telah banyak menyumbang kepada institut tercinta. Biarlah ilmu yang diperolehi sepanjang 5 tahun setengah tempoh pengajian ini dimanfaatkan demi kesejahteraan generasi yang memerlukan khidmat bakti dan jasa seorang yang bergelar guru. Selamat bertugas semua!

Ingin saya selitkan sedikit kenangan bersama abang2 dan kakak2 senior, namun saya tidak mempunyai banyak gambar kenangan bersama mereka. Jujur, saya merasa cukup bertuah ramai di antara mereka begitu murah hati, ceria dan suka membantu.(Buat pengetahuan, saya bukan seorang jurugambar tetapi hanya sukakan gambar-gambar sebagai medium penceritaan & penghayatan bisu namun penuh bermakna).

Akhir kata, sambutlah salam sayang saya buat semua. Doa saya tetap bersama abang2 dan kakak2 semua. All the best!










Wednesday

How She Knows You Love Her


A man wakes up with a big hangover the morning after attending his company's annual Summer Party. He can't even remember how he got home from the party let alone how he got so drunk and is deathly afraid of what he may have done or said the night before to offend his wife.

The man forces his eyes open, however, and the first things he sees are two headache tablets next to a glass of water on his night table, and, next to them, a single red rose! He sits up with difficulty and sees his clothing hung on the back of his chair all clean and pressed and the rest of the house all spic and span and in perfect order.

Incredulous, the man takes the tablets, then winces when he sees a nasty black eye looking back at him from the bathroom mirror. Then he finds a note next to the red rose on the night table: "Sweetie, breakfast is waiting for you on the stove. I left early to buy the ingredients to make your favorite dinner tonight. I love you, darling! The note was signed, "Your loving wife".

The man then stumbles into the kitchen and incredibly enough, there is a hot breakfast waiting for him along with steaming hot tea, and the morning paper. His daughter Jessie is also at the table, eating. "Jess... what happened last night?" The man asks, with some trepidation.

"Well, you came home around four o'clock in the morning, drunk and out of your senses. You tripped and fell onto the coffee table and broke it, and then you vomited all over the bathroom floor, and got this black eye when you crashed into the table edge."

Baffled, the man asked Jessie, "Then why is everything in such perfect shape and so clean? Why is there a rose on my nightstand, and breakfast on the stove waiting for me?"

"Oh that, Jessie replies, "Well, Mom pulled you into your bedroom, and when she tried to undress you, you yelled, "Leave me alone, I'm married and I love my wife!"

Tuesday

Aku Suka Kampung & Makanannya

Lokasi: Wharf Kapit. Jom balik kampung! Cuti dah dekat. Hahaha...tak sabar nak balik kampung, jumpa atuk & nenek. Tambah-tambah musim buah ni, confirm puas bercuti. Sebelum sampai kampung aku, benda ni la yang kita kena naik. Kuching-Sibu (7 jam naik bas, 45 minutes naik flight) Sibu-Kapit (3 hours), Kapit-Nanga Pila (2 and a half hours), kemudian sambung lagi journey naik perahu panjang, Nanga Pila-Lubok Dabai aka rumah panjang aku, (2 hours). Amacam? Ada berani? Hahaha...tapi semuanya aku harungi demi kampung tercinta. Nak kongsi semua, memang banyak la. Disember ni kalau balik, with God's will, aku akan kongsikan semuanya. ^.^ Gambar berikut ni juga antara sebab kenapa aku sangat cintakan kampung aku.

Ikan bakar! Kalau korang pergi kampung aku, hari-hari dapat makan ikan sungai bakar yang segar & free. Syaratnya, rajin-rajinlah memancing & pasang pukat. Tak kisah la kalau korang terpaksa berebut dengan ular yang melilit pancing atau sang buaya yang suka mencuri ikan yang tersangkut di pukat. Jika rezeki berpihak pada kita, ikan bakar tetap milik kita. >.<


Pulut/Lemang - Yummy~ tak sabar nak balik!

Lokasi: Kapit
-Gawai Jun 2010-

Friday

What My Heart Wants To Say - Gareth Gates

This is a beautiful and sweet songs for lovers. Just feeling it is nice to share with... tell that person you love him/her. Maybe we won't live to see another day, so go tell her/him, YOU LOVE HER/HIM.

You're amazing, so amazing
Have I told you enough?
You're my angel, my guardian angel
God knows I, I've been blessed with love

But if I been gone tomorrow
Would you know how deep my loves goes
Have I ever told you?
You're the one

If the words don't come my way
Hope you still know
Hope it still shows
If the words don't come my way
Hope you still know what my heart wants to say

Love so tender, I surrender
To this feeling so true
My affirmation, my inspiration
Darling I, I've been blessed with you

If the words don't come my way
Hope you still know
Hope it still shows
If the words don't come my way
I hope you still know what my heart wants to say

But if I be gone tomorrow
Would you know how deep my loves goes?
If I was gone forever
Would you know how much I care?

You make me feel like flying and failing all emotion
That every time you look at me
You see it in my eyes

Thursday

Cry no more, I'm sorry

Bukan salah aku kau jatuh cinta padaku
Juga bukan salah aku jatuh cinta padamu
Andai perasaan mampu dibohongi
Tidak aku berahsia begini
Tidak aku terluka begini

Jangan salahkan aku andai ku tidak berterus-terang
Sesungguhnya aku tidak mampu melawan perasaan
Jika Tuhan sudah merencanakan
Itulah yang terbaik buatku
Aku pasrah pada keadaan dan perbezaan
Telah ku duga pedih ini akan menikam dada

Jika ada yang mengata
Jika ada yang tidak suka
Aku mohon kemaafan kerana sesungguhnya perasaan tetap perasaan
Hendak dilupakan hanya sabar yang menjadi peneman
Hanya doa yang ku panjatkan
Agar engkau mengerti
Perasaan ini harus kita lupakan
Biar tiada yang terluka
Biar tiada yang mencerca
Maafkan aku kawan...

Wednesday

Love is not meant to be defined...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu...

p/s: Post ini bukan hak milik peribadi White Dove. Boleh kongsi2. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...