Semalam rasanya, dah bagi tau cik kak Hanny Esandra untuk buat entry tentang Rumah Panjang. Aku ringkaskan dan padatkan lah setakat yang boleh tentang Rumah Panjang sebab nak cerita semua banyak juga rasanya.
Rumah Panjang adalah tempat tinggal suku kaum Iban,salah satu etnik terbesar di Sarawak Bumi Kenyalang. Suku kaun Iban juga pernah dikenali dengan nama The Headhunters atau dalam bahasa Iban, Pengayau. But don't worry, we no longer hunt heads. Itu kisah zaman dulu-dulu, zaman jahiliah, tak ada agama. hehe.. :)
Tanju
Biasanya Rumah Panjang dihuni sehingga lebih 20 buah keluarga sama ada dari keturunan yang sama atau keluarga lain yang berhijrah ke rumah tersebut. Setiap Rumah Panjang diketuai oleh Tuai Rumah yang menjaga adat, peraturan dan apa saja yang berkaitan dengan hal ehwal Rumah Panjang dan anak-anak buahnya. Rumah Panjang dibina secara bergotong-royong dan menempatkan banyak bilik (kebiasaannya setiap bilik didiami oleh sebuah keluarga). Setiap bilik dilengkapi ruang tamu, bilik tidur, ruangan dapur dan sebagainya, lengkap seperti sebuah rumah. Juga terdapat ruai (beranda) dan tanju yang menjadi tempat menjemur padi dan sebagainya. Setiap bilik juga ada ketua keluarga. Jadi kalau nak tengok contoh Rumah Panjang yang sebenarnya, come visit Sarawak or Sarawak Cultural Village, Kuching sebab sekarang ni dah banyak sangat Rumah Panjang yang dah dibangunkan dan moden. :)
One of the longhouse in Kapit, I took this picture on my journey to my own longhouse. :)
'Ruai' and this is my grandma. |
Nak tengok keindahan sungai di kampung halamanku? Click here!
Makanan yang segar di kampungku, terbaik dari ladang! hehe...Click here!
Suasana di kampung ku yang indah, damai. Click here!
More about Iban's Longhouse - Iban Cultural Heritage
Labels: I Love...