Punyalah aku bosan mencarut dengan assignment pe suma tu, aku pegi la buka folder gambar-gambar yang ku simpan berkurun lamanya hingga bersawang-sawang di dalam lappy aku ni. Haish....aku jadi rindu pula bila tengok gambar-gambar lama ni. Sebak dengan 1001 kisah yang mendewasakan aku sepanjang 3 tahun aku 'meninggikan' pengajian aku di IPG ku yang tercinta ini. Mereka masih tetap bersamaku tetapi memori indah ni takkan mampu berulang seperti sejarah yang mungkin berulang bak kata beliau yang bernama Tomok. Memori ini bukan sekadar sejarah, yakni sebuah kisah yang masih kekal hidup hingga sekarang di hatiku. Masing-masing membawa haluan dengan gf & bf berserta segala assignment, masa-masa ini sukar untuk diulangi lagi...
Aku kasi edit gambar ni, taruk effect sikit, biar nampak otai sikit. =) Chan & Chuchan. 2 kembar yang tidak serupa tetapi dorang ni memang penyeri hidup la. ^^
Dari dulu aku telah menerima hakikat bahawa akulah insan paling kecil di antara mereka. Yang di tengah tu geng jamming aku. =)
Yeah...inilah yang aku tunggu-tunggu! Gambar ni dah berusia hampir 3 tahun dan aku tak pernah sangka beliau yang kecil molek dalam gambar ni la yang jadi roomate terbaik aku sampai sekarang. Kenali beliau, http://bethmimie.blogspot.com/ Beliau; roomate, classmate, soulmate, teammate & yang sewaktu dengannya la. Beliau yang setia! Princess Mimie~ahaks~
Labels: Life