Seronok rasanya berada di rumah. Orang lain yang beraya, aku dan mama pula sibuk nak kemas rumah. hehe..=)
Sedang aku dan mama berkemas;
Mama: Tolong mama susun bunga ni.
Aku: Orait. (aku pun susun la bunga2 plastik yang pelbagai jenis, saiz dan warna tu dalam bekas)
Beberapa minit kemudian. (Mama dah siap susun 3 bekas bunga)
Mama: Apa benda yang kau buat tu? Ada ke bunga yang takde daun? Takde hijau tak cantik.
Aku: Ala...subur apa? Lebat berbunga, bukan lebat berdaun...
Mama: Letak la daun sikit. Tak cantik la.
Aku: Orait.
Beberapa minit kemudian...(Mama dah siap gantung 3 bekas bunga)
Mama: Dah siap?
Aku: Err...ok ke? (aku pun tunjuk hasil keje aku)
Mama: Haish...takde kreativiti betul.
Aku: (moral down) Ahh...malas la! Aku tak minat susun bende ni sume. Mak je la yang buat. Aku kemas bende lain la. (padahal suka sangat bunga tapi malas) =.='
Labels: Cerita Aku