Bukan sengaja menghilang. Sengaja keluar mencari ketenangan hati & melupakan apa yang berlaku. Duduknya aku di depan laptop ketika ini adalah hanya untuk meluahkan apa yang terBUKU di hati. Dan sungguh, aku sangat berkecil hati dengan semua yang berlaku ni.
Em...begini bah cerita sia.
Selama ni kami berusaha dengan sangat keras tapi tiada orang yang ambil peduli. Orang cakap apa pun di belakang, kami tak ambil peduli. Silap sikit pun orang akan nampak silap tu besar. Tapi kami ambik positif sebab itu proses belajar. Tapi sekarang ni bila dapat tau adanya suara-suara sumbang yang mengatakan kami tak komited dalam buat keje, tolong la...adakah mereka rasa apa yang kmi lalui? Semuanya perlukan perhatian & komitmen, tak ada yang terlepas dari perkiraan & sia cukup faham dengan istilah TANGGUNGJAWAB. Jadi mulai sekarang, belajar la punya sifat EMPATI, tak cukup sekadar SIMPATI. Terima kasih, sekian sahaja sesi P&P Pend. Moral sia.
Ni bah, ko bikin hati sia jadi begini suda~
Labels: Cerita Aku