Blogroll

Wednesday

What to do dear~


Hari ni murid-murid begitu mencabar kesabaran hingga aku terlepas cakap, "Kalau sekali lagi cikgu nampak kamu bermain di dalam kelas cikgu, cikgu kunyah kamu!"

Bila fikir balik, kenapa nak marah dorang? Aku sedar pengajaran aku kadang-kadang membosankan mereka. Kalau nak buat games, bising pula ganggu kelas lain. Nak guna makmal & LCD, kita serba kekurangan wahai murid-murid cikgu yang tersayang. Nak melukis, aku tak pandai. Takkan nak bawa haiwan sebenar ke dalam kelas? Bila aku tengok wajah mereka satu-satu, hati aku rasa tersentuh & berfikir sendiri,  "Inilah wajah anak-anak yang perlukan aku." 

So, the thing is that, don't give up! They need TEACHERS. Selalu aku mengingatkan diri sendiri, a teacher MUST THINK on how to make your lesson interesting & meaningful! ^^

Thursday

Don't tell me u have 'no comment' when u urged me to tell u everything~

Perghhh~~post title larian jarak jauh punya acara~


Sedih kan apabila orang tak mengerti apa yang kita rasa. Ada orang tu akan kata:

"Luahkan apa yang kau rasa tu, aku sedia mendengar." 

But in my case just now, I did tell the person what I really feel. Tapi dia buat muka seposen je. Sepatah haram pun tak kata apa. Tak ada la aku nak minta dia lalui apa yang aku rasa ni tapi sekurang-kurangnya bagi la sebijik dua bijik komen. Kalau selalu je 'NO KOMEN', baik aku tak cerita apa-apa, ye tak? Karang dia pula yang beria-ria nak aku cerita. Aku KURANG mengerti kamu. Huhu~

*sekian, walau busy memanjang yang penting hati puas! hohoho~emm~apa kaitan~

Memandangkan jiwa kacau, aku layan movie kejap la. Kembalikan nostalgia~


...DEATH NOTE...


Sunday

Ko bikin remuk hati sia~

Bukan sengaja menghilang. Sengaja keluar mencari ketenangan hati & melupakan apa yang berlaku. Duduknya aku di depan laptop ketika ini adalah hanya untuk meluahkan apa yang terBUKU di hati. Dan sungguh, aku sangat berkecil hati dengan semua yang berlaku ni. 

Em...begini bah cerita sia.

Selama ni kami berusaha dengan sangat keras tapi tiada orang yang ambil peduli. Orang cakap apa pun di belakang, kami tak ambil peduli. Silap sikit pun orang akan nampak silap tu besar. Tapi kami ambik positif sebab itu proses belajar. Tapi sekarang ni bila dapat tau adanya suara-suara sumbang yang mengatakan kami tak komited dalam buat keje, tolong la...adakah mereka rasa apa yang kmi lalui? Semuanya perlukan perhatian & komitmen, tak ada yang terlepas dari perkiraan & sia cukup faham dengan istilah TANGGUNGJAWAB. Jadi mulai sekarang, belajar la punya sifat EMPATI, tak cukup sekadar SIMPATI. Terima kasih, sekian sahaja sesi P&P Pend. Moral sia.

Ni bah, ko bikin hati sia jadi begini suda~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...