Blogroll

Sunday

Aku pun HUDUH juga!

Malas nak bermukadimah, terus ke isi dan huraian post ni. Kadang-kadang kita mungkin tak sedar kita pernah TERsebut atau TERfikir benda ni semua. Kita selalu emosional. Ok, sorry mungkin bukan kita, tapi AKU. Bila aku renung-renung balik, kenapa aku perlu berfikiran macam ni?


" Eleh, pandai nak mengata orang. Macam dia tu baik sangat!"
*Haa...aku selalu TERsebut skrip ni. Aku patut cermin diri sendiri la...aku pun 2x5 saja dengan beliau tu.

"Muka huduh, perangai huduh! Cuak aku!"
*Ni lagi satu. Siapa kita nak menilai buruk huduh orang? Tapi still, aku pun selalu TERcakap benda ni. SORRY!!!

"Aku memang anti budak tu. Tengok muka dia pun aku rasa nak lempang laju-laju je!"
*Apasal dalam jiwa aku mesti ada perasaan benci dengan orang? Bagaimana kalau orang pun benci dekat aku? Emm...aku patut merenungkan sikap diri sendiri.

"Aku benci perangai si #$$%*@# tu pada tahap yang paling dahsyat!"
*Daripada aku membenci dia, kenapa tidak aku bimbing dia merubah perangai buruk dia? Haishh...

"Eleh...sikit punya barang pun nak menunjuk-nunjuk.  Aku tak heran la!"
*Skrip ni senang dikesan. Inilah tanda-tanda orang yang cemburu, dengki atau yang se'definisi' dengannya.


- Aku rasa aku memang patut buang skrip-skrip ni semua daripada terlintas atau cuba terlintas lagi di fikiran aku. My deepest apology, ya awak. Aku MAHU berubah jadi orang yang positif kerana Tuhan menjadikan segala sesuatu BAIK dan CANTIK pada waktunya -


0 ..helo there..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...