Blogroll

Tuesday

Kenapa, tak percaya eh?

Bila cerita tentang asal-usul aku, kenapa ramai yang tak percaya aku ni asalnya anak kampung? Ala-ala lagu Tanak Kampung gitu. Soalan biasa:

Eh, ko orang Kapit?
(yelah, Kapit, Kapit, oo...Kapit. Kapit is my hometown. Ada soalan lagi?)

Biar betul? Bulak! *bulak (Melayu Sarawak) = tipu/bohong
(Tak percaya sudah, bazir air liur aje cakap ngan ko)

Ko masih tinggal di rumah panjang?
(Ah haaa, so what? Rumah panjang pun rumah ape?)

Okay, buat sesiapa yang tak tahu di mana itu Kapit a.k.a hometown aku, lokasinya tentulah di Sarawak. Jauhnya tak tau la nak describe macam mana, bergantung dengan lokasi anda sekarang la. Yang jelas, kampung aku jauhnya 3 jam naik bot ekspres dari pekan Kapit ke hulu. Lalu Jeram Pelagus, Kapit. Ni kira part yang mencabar emosi la. 

Tapi, di sebalik 'keseraman' melalui jeram tu, aku beroleh satu kepuasan yang aku sendiri tak boleh nak explain. Bagi aku, kampung aku tu memang BAIK PUNYA la. hoho~ jauh dari kesibukan bandar, udara bersih, segar, bla...bla...bangun pagi je mesti sejuk tahap gaban. Dah tu kalau bernasib baik, akan ada burung enggang/kenyalang yang akan terbang melalui atap bumbung rumah. Haa...boleh buat rakaman Animal Planet wa cakap sama lu. Aku bangga aku berpeluang alami semua ni tau. Tak la asal bangun, menghadap bangunan berpuluh tingkat, menyedut asap kereta yang entah apa-apa, buat semput nafas je. :)


Ini moyang aku. Syukur, usianya masih panjang. :)


Ini sebahagian rumah panjang aku. Tak ada la buruk sangat, okay. Aku bahagia je tinggal kat sini.


Jeram Pelagus, bahagian kuning tu adalah pelantar bot ekspres.


Hah! Ini Jeram Pelagus. (aku cedok dari google)

Kesimpulannya, AKU ANAK SARAWAK & AKU BANGGA.

8 ..helo there..:

Hanny Esandra said...

hai..
rumah panjang tu macam mana.. (sorie sy betul2 xtau..)duduk ramai2 ke.. tapi besar la rumah.. rumah kampung best apa.. nak2 ada sungai.. wahh.. teringinnya nak tgk burung kenyalang dekat2..

The Fakhirin said...

bestnyaaa...nampak tenang jer suasana...mesti syok main air jeram...jauh x nk kesana?

Kumang Lelang said...

hanny: rmh pnjg ni bkn kaum Iban je yg duduk, etnik lain di S'wak ada juga yg masih duduk di rmh pnjg. nnti sya buat entry pasal rmh pnjg ye. sudi2 la singgah..serius, burung kenyalang mmg sgt cantik & unik. :)

faiz: setakat ni takda siapa yg berani main air jeram tu tp ada juga org2 tua yg m'cari rezeki di situ. Mmg jauh ke pedalaman tp di jeram ni ada sebuah resort khas utk pelancong2. :)

The Fakhirin said...

hehehe...kot ada org sana mandi kt sana...hehehe...berapa km dr bandar kuching?

Kumang Lelang said...

Hehe...setakat ni blum pernah nampak. Saudara faiz, t'lalu jauh. Dari Kuching ke terminal bot ekspress Sibu makan masa 5-6 jam. Sibu-Kapit 3 jam. Kapit-kmpg sya, 2 jam 30 min. Dpt bygkan? :)

The Fakhirin said...

errrrr...xdpt nk bayang...hahaha...but sy gotta frenz org sabah...tapi dia duk Serdang skang...tapi best la duk area bukit nih...free jer minda rasa...

Kumang Lelang said...

hehe..takpa. Pedalaman Sabah rasanya lebih cantik & b'bukit-bukau, terutamanya di kaki gunung Kinabalu. Mmg stuju sgt, duk kat kwsn kmpg & gunung ni mmg awesome. :D

Cikgu Lady Gugu said...

teringat zaman2 mengajar di Belaga 2002-2004...suatu pengalaman yg x dpt dilupakan sampai bila2...sgt berharga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...