PIANO. Alat muzik yang mengeluarkan bunyi yang sangat indah, lembut dan menyenangkan. Bahkan, dalam elemen muzik iaitu ekspresi, digunakan istilah P(Piano) yang bermaksud bunyi yang lembut (soft) atau PP(Pianissimo) yang bermaksud bunyi yang sangat lembut. Ludwig van Beethoven, Frederick Chopin, bahkan Richard Clayderman danMaksim. Ramai yang mengenali pemain-pemain piano ini. Aku jenuh mendengar lagu-lagu instrumental yang dimainkan Maksim dan Richard Clayderman, termasuk Exodus, Claudine, Croatian Rhapsody, Ballade Pour Adeline, Marriage d'amour dll.
So, aku terfikir, dari mana asalnya PIANO? Siapa pencipta PIANO? Beberapa fakta yang aku jumpa:
- Alat muzik berprinsip kerja seperti piano sudah wujud sejak tahun 1440.
- Piano dikembangkan dari alat muzik kecapi (harpsichord).
- Asal usul perkataan piano sebenarnya adalah pianoforte, dari bahasa Italia.
- Piano dicipta oleh Bartolomeo Cristofori pada tahun 1720-an, walaupun sebelum itu Marius dari Paris (1716) dan Schroter dari Saxony (1717) pernah mencuba mencipta piano tetapi kurang lengkap dan seutuh ciptaan beliau.
- Piano Cristofori dipamerkan di Metropolitan Museum of Art di New York.
Cristofori's Piano
Modern piano
*Semakin hari piano semakin moden dan selagi adanya pencinta muzik, piano takkan pernah hilang dalam lipatan sejarah. :)
Labels: I Love...