Blogroll

Tuesday

Kisah 2 Beranak

Cerita ni sengaja aku nak kongsikan sebab aku rasa ada pengajaran di sebaliknya. Asal usul cerita ni tidak diketahui dan untuk makluman pembaca, cerita ni asalnya adalah dalam bahasa Iban. Jadi aku terjemahkan supaya boleh dikongsikan bersama. ^^

Alkisah, di sebuah pelusuk kampung yang terpencil, tinggallah 2 orang anak beranak. Si ayah dan si anaknya. (klasik sikitlah bunyinya). Si ayah dan si anak tidak disenangi oleh orang-orang kampung kerana tabiat mereka yang sangat suka berbohong. Boleh dikatakan setiap hari si ayah dan si anak ini berbohong kepada orang-orang kampung.

Suatu hari, selepas sekian lama, si ayah dan si anak berazam untuk meninggalkan tabiat berbohong itu. Mereka tidak mahu lagi dibenci oleh penduduk kampung. Oleh itu, mereka berdua bercadang untuk meninggalkan kampung, jauh dari penduduk kampung. Dengan cara itu, mereka dapat mengelak daripada membohongi mereka. Tambahan pula, mereka mendengar cerita di mana di dasar sungai di hulu terdapat 'batu' yang dapat mengubati tabiat suka berbohong mereka.

Lalu, si ayah dan si anak menaiki sampan dan mula berkayuh ke hulu. Tiba di suatu teluk, si anak mendahului si ayah menyelam ke dalam sungai untuk mencari batu tersebut. Namun, kaki si anak terbelit pada akar kayu di dasar sungai. Agak lama si anak cuba melepaskan diri dari akar kayu tersebut. Si ayah pula menanti dengan sabar di dalam sampan. Seketika kemudian, timbullah si anak ke permukaan sungai.

"Kenapa lama sangat? Apa yang kau jumpa, anak?" soal si ayah.

"Aie...rupa-rupanya di bawah tadi aku berjumpa beberapa penghuni dasar sungai. Mereka memberi aku makan mi. Sebab itulah aku lama," jawab si anak.

Si ayah menjadi teruja mendengar cerita si anak. Lalu si ayah juga menyelam ke dasar sungai untuk berjumpa dengan penghuni dasar sungai seperti yang disebut oleh anaknya. Malang tidak berbau, kepala si ayah terhantuk pada sebuah batu lalu berdarah. Si ayah lalu berenang ke permukaan air. Si anak menanti di dalam sampan.

"Aie...sekejap betul ayah pergi? Apa yang ayah jumpa?" tanya si anak.

"Itulah, dah tadi kau tidak membayar harga mi, penghuni dasar sungai marah dengan ayah lalu memukul kepala ayah," jawab si ayah selamba. Si anak terdiam.

Jadi, apa yang korang dapat melalui cerita ini? Renung-renungkanlah... =)

0 ..helo there..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...