Blogroll

Wednesday

My New Boyfriend...







Pertama kali ku melihatmu, aku terasa ingin mendakapmu erat, walau ku tahu kamu bukan Ibanez. Suaramu mengisi kesunyian hati.
Pengubat hati di kala jiwa terasa asing...aku sayang kamu, my Santa Cruz! ^^

Tuesday

Kisah 2 Beranak

Cerita ni sengaja aku nak kongsikan sebab aku rasa ada pengajaran di sebaliknya. Asal usul cerita ni tidak diketahui dan untuk makluman pembaca, cerita ni asalnya adalah dalam bahasa Iban. Jadi aku terjemahkan supaya boleh dikongsikan bersama. ^^

Alkisah, di sebuah pelusuk kampung yang terpencil, tinggallah 2 orang anak beranak. Si ayah dan si anaknya. (klasik sikitlah bunyinya). Si ayah dan si anak tidak disenangi oleh orang-orang kampung kerana tabiat mereka yang sangat suka berbohong. Boleh dikatakan setiap hari si ayah dan si anak ini berbohong kepada orang-orang kampung.

Suatu hari, selepas sekian lama, si ayah dan si anak berazam untuk meninggalkan tabiat berbohong itu. Mereka tidak mahu lagi dibenci oleh penduduk kampung. Oleh itu, mereka berdua bercadang untuk meninggalkan kampung, jauh dari penduduk kampung. Dengan cara itu, mereka dapat mengelak daripada membohongi mereka. Tambahan pula, mereka mendengar cerita di mana di dasar sungai di hulu terdapat 'batu' yang dapat mengubati tabiat suka berbohong mereka.

Lalu, si ayah dan si anak menaiki sampan dan mula berkayuh ke hulu. Tiba di suatu teluk, si anak mendahului si ayah menyelam ke dalam sungai untuk mencari batu tersebut. Namun, kaki si anak terbelit pada akar kayu di dasar sungai. Agak lama si anak cuba melepaskan diri dari akar kayu tersebut. Si ayah pula menanti dengan sabar di dalam sampan. Seketika kemudian, timbullah si anak ke permukaan sungai.

"Kenapa lama sangat? Apa yang kau jumpa, anak?" soal si ayah.

"Aie...rupa-rupanya di bawah tadi aku berjumpa beberapa penghuni dasar sungai. Mereka memberi aku makan mi. Sebab itulah aku lama," jawab si anak.

Si ayah menjadi teruja mendengar cerita si anak. Lalu si ayah juga menyelam ke dasar sungai untuk berjumpa dengan penghuni dasar sungai seperti yang disebut oleh anaknya. Malang tidak berbau, kepala si ayah terhantuk pada sebuah batu lalu berdarah. Si ayah lalu berenang ke permukaan air. Si anak menanti di dalam sampan.

"Aie...sekejap betul ayah pergi? Apa yang ayah jumpa?" tanya si anak.

"Itulah, dah tadi kau tidak membayar harga mi, penghuni dasar sungai marah dengan ayah lalu memukul kepala ayah," jawab si ayah selamba. Si anak terdiam.

Jadi, apa yang korang dapat melalui cerita ini? Renung-renungkanlah... =)

Sunday

Memori bersama mereka...


Yang ni kalau tak silap adalah Majlis Persaraan Datin Pengarah. =)


Ini performance pertama di Sibu.

Ini selepas Majlis Konvokesyen. =)

Tarikh 7 Julai 2011 dan 9 Julai 2011 membawa makna yang sungguh besar bagi ahli Orkestra IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Penat yang sungguh berbaloi bersama mereka. Tahun ini bersama dengan ahli-ahli baru yang menggantikan abang-abang dan kakak-kakak KPLI yang pernah menganggotai orkestra di bawah pimpinan Encik Abdul Latiff Poli@ Latepoli tidak merubah kemeriahan dalam orkestra ni. Biarpun bersama dengan ahli baru, kita tetap
cool! I love u all. ^^

7 Julai 2011 adalah Majlis Konvokesyen graduan-graduan KPLI (juga hari jadi miss Beatrice,
roommate tersayang & miss Jessie - classmate a.k.a kak long) . Menariknya majlis ni, kami buat persembahan di depan YAB Pehin Seri & isteri. First performance juga di depan YAB Pehin Seri, di Dewan Suarah Sibu, bersama pasukan drama Piala Ketua Menteri Sarawak IPG Kampus TAR pada tahun lepas.

9 Julai 2011 pula adalah majlis pelancaran 25 tahun pembangunan Kota Samarahan. Sekali lagi kami buat persembahan lagu 1 Malaysia di hadapan YAB Pehin Seri & isteri. I really enjoyed it. Rasa
happening sangat-sangat walaupun aku tahu kita semua penat mengangkat instrumen-instrumen kita yang banyak tu. Tapi tak apa juga, yang penting makan free lepas majlis. haha. ;p

Paling penting, PENGALAMAN & KEPUASAN. ^^
Maaf gambar-gambar di atas ni mungkin tak clear, mungkin sebab jurugambarnya nervous. hehe...Apapun makseh kepada jurugambar ni semua.

Semua muzik yang dimainkan adalah gubahan Encik Latiff. Lagu-lagu yang pernah dimainkan oleh Orkestra Pop IPG Kampus Tun Abdul Razak ialah;

  1. Malam Ku Bermimpi - P. Ramlee
  2. Nilai Cinta - Ahmad Daud & Saloma
  3. Malam Bulan Dipagar Bintang - P. Ramlee
  4. Di Mana kan Ku Cari Ganti - P. Ramlee
  5. Tiada Lagi - Search
  6. Sway - Michael Buble
  7. Madu - Amriz
  8. Congratulations - Cliff Richard
  9. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
  10. 1 Malaysia - Roonie & Ernie


Sibuk tapi...

Bagi aku sendiri dan juga mungkin bagi sesetengah insan lain, perkara-perkara ini aku ingin tetap punya masa;

  1. Berdoa dan amal - Biar sibuk mana pun kita, dalam tempoh 24 jam (tidak kurang, tidak lebih) yang Tuhan berikan pada setiap dari kita, jangan punya seribu satu macam alasan untuk meluangkan masa untuk Dia. Don't let world to lure us too much...
  2. Mengucap syukur - Mengucap syukurlah dalam segala hal, bertekun dan bersabarlah dalam doa di waktu-waktu kesesakan - Pesanan yang sering ingin ku ingat pada setiap hari.
Lain-lain perkara;
  1. Makan & mandi - Ini harus bagi aku. Aku sangat sukakan bathroom dan juga bathtub. ^^ Jika fizikal bersih, jiwa pun bersih. Lengkapkan juga diri dengan firman-firman Tuhan yang menjadi 'makanan' untuk roh selain makanan untuk tubuh. ^^
  2. Muzik - Muzik terapi minda. ^^

Wednesday

Yan talked to herself...


"Yan, ko anak mami. Ko mesti kuat biar apa pun yang berlaku dalam hidup ko. Beri kesempatan pada Tuhan untuk jadi benteng kuatmu. Yan, don't cry anymore. Wipe away your tears and let God do the rest. Your life does not end here..." Yan bermonolog.

Tuesday

Si Gadis

Dulu...

Si dia ~"Aku janji akan bersamamu dalam susah senangmu."

Si gadis menjawab,"Terima kasih, ku harap kau ingat janjimu..."

Si dia senyum.


Sekarang...

Si gadis ~ "Aku sedih, aku perlukanmu..."

Si dia menjawab," Aku memilih untuk melupakanmu. Maafkan aku."

Si gadis diam dan si dia berlalu pergi.

Sunday

Muzik di Hujung Minggu


Hujung minggu aku sentiasa ditemani lagu-lagu dan pelbagai genre muzik. Muzik adalah terapi hujung minggu aku. Any moment, anywhere, mesti ada muzik. Paling kurang, aku akan layan instrumental music. Richard Clayderman, Maksim - pemain-pemain piano yang aku kagumi. Assignments, reading, writing...semuanya ditemani muzik. Dan ini pula, lagu special hujung minggu ni. ahaha~

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Percaya Padaku - UNGU


Saturday

Hakikat Sebuah Cinta

"Andainya engkau ku miliki
Sedahulu, sebelumnya...
Andai ku curah, rasa hati
Mungkin kini ku kan tenang di sampingmu"

Itu kata Siti Nurhaliza - Aku Cinta Padamu. Tapi aku, biar jua sebelummnya aku menyatakan cinta padamu, beza kau dan aku menjarakkan kita. Meski betapa aku menyayangi dirimu, kau tetap bukan milikku dan aku sedar kau tidak pernah menjadi milikku. Biar sekejap cuma kau hadir mengisi kekosongan rasa jiwa dan hatiku, saat itu menjadi bahagia di hatiku biar kini rasa itu meninggalkan luka yang dalam. Kau tidak pernah menjadi kekasihku dan aku tidak pernah menjadi kekasihmu. Hanya rasa cinta itu yang berbicara.

"Patah tumbuh hilang berganti, mengertilah...
Walaupun berbeza zahirnya, terimalah..."

Dan itu pula kata Iklim - Patah Tumbuh Hilang Berganti. Masih bolehkah aku menyemai rasa cinta sedalam itu pada insan lain selain dirimu? Aku tidak pernah menyesal mengenalimu tetapi aku menyesal kerana menyintaimu sedang ku tahu kau akan menjauh dariku. Seksa jiwa ini bila kau pergi kerana kala itu rindu yang pedih datang bertandang. Mungkin hanya aku yang merasakan rindu ini namun aku ingin sekali menyatakan rasa rindu itu padamu, sayang...

"Peluklah tubuhku bila engkau rapuh,
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu..."

Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu. Dulu kau pernah menyimpul janji ini padaku. Namun, sejak hakikat cinta ini kau sedari, kau tinggalkan rasa ini untuk aku. Aku tidak kuat menghadapi hakikat ini seorang diri...

"Karam aku di lautan duka bila wajahmu hilang di mata..."

Iklim - Karam di Lautan Duka. Sebaris kata ini sudah cukup untuk menggambarkan rasa rindu yang hebat terhadap dirimu. Kau masih ku sayangi...

Akhir kata dariku, andai saat ini engkau merasakan hadirku, aku mahu kau mengerti rasa ini. Meski aku tahu:

"Apa diharap padi seberang, entah berbunga entahkan tidak, entah dipuput angin yang datang , entah dimakan pipit melayang..." Rentak Galur - Sarimah Othman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...