Blogroll

Sunday

Untitled Bab 1 Bahagian 2

“Indai!” panggilku. Aku masuk dari pintu dapur kerana hendak mengelak daripada abang. Terkejut aku kerana kakak ipar juga berada di dapur, memasak bersama ibu.

“Ke mana tadi, Angel? Lama juga kakak tunggu Angel balik,” sapa kakak iparku, Irene atau selalu aku panggil kak Yen. Mendengar suara kak Yen, ibu menoleh. Aku pula tersengih-sengih.

“Jumpa kawan kejap. Lagipun tak ada apa nak dibuat kat rumah,” jawabku.

“Siapa cakap tak ada kerja, Mang? Cubalah kamu tolong kak Yen kamu tu memasak,” emak mencelah. Aku hanya tersenyum simpul tanpa menyahut. Ibu ini memanglah, tadi tak pula dia cakap apa-apa semasa aku nak keluar. ‘Mesti ibu dah kena brainwash dengan abang ni,’ bisikku.

Abang memang sangat mengambil berat tentang aku. Semasa abang belum berkahwin dengan kak Yen tiga bulan yang lalu, aku memang tidak dibenarkan keluar selepas jam tujuh malam. Ayah dan ibu tidak pula melarangku tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu abang sayang aku. Akulah satu-satunya adik abang di dunia ini.

“Pergilah mandi dulu, Mang. Nanti bising pula abang kamu tu,” ibu mengarahkan aku. Aku menurut dengan payahnya.

“Mak, tolong ambilkan kain mandi Angel. Angel tak nak terserempak dengan abang,” sengaja aku ingin bermanja dengan ibu.

“Itu pun nak suruh mak juga?” kata ibu sambil tertawa. Ibu tahu aku takut dimarahi abang.

“Nanti kakak tolong ambilkan. Pergilah mandi, Angel,” kak Yen pula mencelah. Kak Yen memang sangat baik dengan keluargaku. Kak Yen seorang wanita sederhana yang menawan. Walaupun berusia dua tahun lebih tua daripada abang, abang tetap menyayangi kak Yen kerana kerendahan budi bahasanya. Anak kepada seorang petani dan tidak beribu sejak beberapa tahun yang lalu, kak Yen tidak berpeluang melanjutkan pelajaran selepas tamat sekolah menengah. Dia membiarkan dua orang adik lelakinya saja yang melanjutkan pelajaran. Kebaikan kak Yen itulah yang amat membuatkan abang menyayangi kak Yen, begitu juga dengan kami sekeluarga.

“Tak payahlah, kak Yen. Angel saja nak bermanja dengan mak,” kataku lalu berlalu ke ruang tamu. Aku berlari-lari anak ke tingkat atas tetapi abang lebih cepat menegurku.

“Ke mana tadi, Angel?” soal abang, tegas juga nadanya. Aku terhenti, mendapatkan abang dan memeluknya.

“I miss you, dear brother!” kataku girang sambil ketawa.

“Banyaklah kau punya rindu. Kenapa biar mak seorang kat rumah?” abang menyoal lagi.

“Keluar sekejap jumpa Shasha. Shasha perlukan bantuan Angel, jadi Angel keluar la. Tak percaya, tanyalah mak,” aku membuat muka tidak bersalah. Muncung ku panjangkan.

“Pandai la tu. Dah, pergi mandi. Busuk betul anak dara ni,” abang mengarah lagi, persis ibuku yang kedua. Aku tahu abang bergurau. Mood abang baik hari ini, kenapa ya?

“Abang, ayah mana?” aku mengubah topik perbualan.

“Mesti dia ni masuk ikut pintu belakang, sebab tu dia tak nampak ayah kat depan, kan?” jawab abang. Mukaku merah. Aku terjerat dalam soalan sendiri! Ayah sedang duduk di beranda luar sambil melihat-lihat ikan emas kesayangannya. Melihat ikan-ikan ayah, aku teringat akan anjing kesayanganku, Ruby. Aku terlupa akan Ruby! Sejak siang aku keluar hingga aku terlupa Ruby belum makan lagi.

“Ruby!” aku memanggil long-coat Chihuahua berusia 6 bulan pemberian abang itu.

“Yen dah bagi Ruby kamu makan tadi. Dah, jangan buang masa, pergi mandi cepat dan tolong mak kat dapur tu,” kata-kata abang mengejutkan aku. Abang memang faham apa yang terbuku dalam hatiku.

“Russel dah makan juga ke?” aku merujuk kepada anjing Labrador putih abangku.

“Dah, kalau nak tunggu kamu tu, kebulur la puppy abang tu. Dah, pergi mandi!” gesa abang. Aku sempat memeluk abang sebelum berlari ke tingkat atas dan mandi. Sempat juga aku berpaling memandang Chihuahua kesayanganku berlari-lari dari arah dapur mendapatkanku lalu mengekoriku ke bilik.

6 ..helo there..:

Kumang Lelang said...

Maaf kerana ada wujudnya watak 'anjing' di dlm pemnulisan ini. Sekadar watak tambahan, jika ada yang kurang senang, minta maaf & tinggalkan komen anda. terima kasih kpd pembaca2 yg budiman.

Syam Tajuddin said...

No offense for the dog character
Up to this point, I really like the story
I know u're not writing hentam2 without kajian 1st, don't ya? =)

F. Methieu said...

mandu?......hehe....nie bulldog deh...hehe......

Kumang Lelang said...

abg syam: Thank u sbb fhm saya. Saya akan lebih byk memerhati watak perwatakan org di sekeliling lepas ni. cari ilham. =) terima ksh atas nasihat tu, really2 appreciate it. ^^
bob: oppss! sori, typing error. sudah saya betulkan. thnx 4 spotting the spelling error. ^^
~TERUSKAN MEMBACA~

F. Methieu said...

ur welcome......may i suggest how the story will go on after this?..

n ur welcome...^^,

Kumang Lelang said...

bob: suggest jer...hehe...jika dirasakan b'sesuaian, saya akan pertimbangkan. Pandangan/idea/komen, semuanya amat dialu-alukan. (skema li jak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...