“Kau nak aku buat apa?” suara Shasha memecah keheningan di antara kami berdua. Aku agak tersentak dengan soalan yang diajukannya.
“Kau bincanglah elok-elok dengan Shawn. Kau pun satu, asyik nak merajuk aje. Mana tak bengang si Shawn tu kau buat,” aku membalas. Sebentar tadi, Shasha merungut-rungut padaku mengenai perang dinginnya dengan kekasih hati tersayangnya, Shawn. Shasha memang selalu macam tu. Sekejap bahagia benar dia bersama Shawn. Sekejap pula naik fed-up aku dengar mereka bertengkar atas sebab perkara kecil sekalipun.
“Jadi dalam hal ni, akulah yang salah?” sergah Shasha. Dia menarik muncung itiknya.
“Tak adalah macam tu, cuma aku rasa kau patut dengar dulu penjelasan dia. Ni dia tak cakap apa-apa lagi pun kau dah ‘terkam’ dia. Kalau aku pun, bengang jugak tau?” ujarku kendur.
“Dah tu, siapa suruh datang lambat? Dahlah tak call aku langsung. Aku call pun dia tak jawab. Baik buang je hand phone tu ke laut. Bengang betul aku!” Shasha membentak dengan penuh emosi. Aku mengambil inisiatif berdiam diri. Rasanya kalau aku buka mulut pun, hanya seperti minyak yang tertumpah ke dalam api.
“Angel, kau dengar tak ni?” Shasha menampar bahuku. Tidaklah sekuat mana tetapi aku sengaja mengerutkan dahi supaya Shasha faham aku tak suka dia buat macam tu. Tekaanku ternyata salah, Shasha tidak memberi apa-apa respon malah dia lebih marah sebab aku berdiam.
“Ya, Shasha...aku dengarlah ni. Dia lewat pun 30 minit je kan?”
“Dah tu, kau masih rasa aku lah yang salah?”
“Shasha, kalau aku cakap, kau jangan marah pula. Kau dan Shawn tu sebenarnya dua kali lima je tau? That’s my personal point of view,” ujarku.
“Kenapa pula?”
“Kau pernah terfikir tak kenapa Shawn tak jawab call kau atau tak call kau langsung?”
“Pasal dia tak ambil berat tentang aku lah!”
“But then, kenapa pula Shawn tetap datang walaupun lambat? Dia tau kau akan marah dia, tapi kenapa dia masih nak muncul depan kau dan minta maaf?” soalku.
“Sebab dia tau dia buat salah! Tu kan dah jelas?”
“Dah tu, kenapa tak maafkan dia? Mana tau kereta dia rosak ke, hand phone dia out of reach ke,” dugaku.
“I don’t like those excuses!”
“Tengok, kau sendiri yang tak nak bagi dia peluang buat penjelasan. Kalau kau lah kat tempat dia, kau datang lewat atas alasan yang sama, agaknya apa yang kau rasa kalau dia tak nak dengar penjelasan kau? Kau tak buka mulut lagi dia dah terkam kau, macam mana?” aku menduga lagi. Shasha terdiam lagi dengan muncungnya memanjang lagi.
Kadangkala, aku sudah jemu dengan sikap kebudak-budakan Shasha dan Shawn. Mereka sebenarnya punya keserasian tetapi sikap manja dan ego masing-masing telah menenggelamkan keserasian itu. Mereka sengaja tidak mahu mengambil masa memahami pasangan masing-masing. Shasha terlalu manja dan menginginkan perhatian daripada Shawn. Padanlah kerana dia memang satu-satunya puteri papa dan mamanya. Ketiga-tiga abangnya masing-masing telah mempunyai keluarga dan hanya dia yang masih belajar. Shasha yang berdarah kacukan Kayan-Bidayuh ialah buah hati pengarang jantung Shawn.
Satu perangai Shawn yang sering membuat mereka berdua berperang dingin ialah minat Shawn terhadap animasi-animasi Jepun. Pernah Shawn merajuk kerana Shasha tertidur ketika Shawn bercerita tentang animasi yang amat diminatinya iatu siri Naruto dan Bleach. Aku hanya ketawa mendengar cerita Shasha tetapi balik-balik aku juga yang terkena tempiasnya kerana aku juga meminati animasi tersebut. Kata Shasha, “Baik kau je yang jadi kekasih Shawn.” Bercucuran air mata Shasha menangis pada saat itu tetapi aku dengan kejamnya ketawa di dalam hati.
Adat orang bercinta, begitulah. Bertengkar sikit, otak pun letaknya sudah ke lutut. Benarlah, cinta itu tidak buta sebenarnya tetapi yang buta kerana cinta adalah manusia itu sendiri.
“Angel.” Suara Shasha mengakhiri lamunanku. Aku memandang wajahnya yang agak sembab kerana menangis.
“Aku sayang Shawn. Aku memang tak ingin kehilangan dia, dan tak pernah bermimpi untuk tinggalkan dia,” ujar Shasha tanpa aku minta. Sudah berkali-kali aku mendengar pengakuan serupa. Setiap kali mereka bertengkar atau berperang, Shasha akan berkata begitu. Apa yang seronoknya, itu menandakan Shasha tidak lagi merajuk atau marah. Ayat itu hanya akan keluar dari mulutnya jika Shasha akhirnya menyedari pertengkaran mereka tidak membawa apa-apa kebaikan.
Seraya aku dikejutkan dengan bunyi ‘beep’ telefon bimbitku. Aku membuka mesej yang baru sampai itu dan mesej daripada Shawn itu kubaca;
‘How do I tell her that I love her?’
Aku mengeluh dan menyuakan hand phone ku kepada Shasha. Seperti mengerti, Shasha membaca mesej itu. Selesai saja, tubuhku dipeluknya erat sambil menangis lagi.
“Aku nak jumpa Shawn!” katanya dalam tangis.
“I’m right here, sweetheart...” Suara lembut Shawn mengejutkan kami berdua. Sejak bila Shawn ada di belakang kami? Sewaktu aku dan Shasha menoleh serentak, Shawn mengangkat tangannya dan tersenyum kelat.
“Thank you, Angel sebab tolong jaga Princess aku,” kata Shawn. Lembut wajahnya memandangku sekilas sebelum berpaling memandang kekasih hatinya.
“Kau memang ‘Angel’ aku dan Shasha,” sambungya lalu menapak ke hadapan. Shasha pula seperti kelu, tanpa sepatah suara yang keluar seperti ketika dia memarahiku tadi. Aku ketawa lagi di dalam hati melihat drama dua ekor burung merpati ini.
“Tak apa, Shawn. Bukannya kau orang tak biasa pun macam ni,” kataku.
“Thank you, Angel!” kata Shasha lalu memelukku lagi. Naik semput aku dibuatnya.
“Dah lah tu, penat aku jadi Angel kau orang berdua ni. Sikit-sikit nak bertengkar. Aku juga yang terkena tempiasnya,” aku berseloroh. Shasha dan Shawn hanya ketawa.
“Kenapa sayang lambat tadi?” soalan Shasha membuatkan aku hampir meledakkan tawaku. Kalaulah dari tadi dia bertanya macam tu, takkan jadi pun perang dingin ini.
“Come and see,” kata Shawn lalu memegang tangan Shasha. Shasha menuruti sehingga ke kereta. Aku juga ikut sama kerana Shasha mengajakku untuk turut serta. Shawn tidak pula membantah.
Sampai saja di tempat parkir kereta, Shawn membuka pintu kereta Hyundai Getz hitam kesayangannya lalu mengambil kotak yang berbalut cantik dengan ribbon besar berwarna merah hati.
“What is this, dear?” soal Shasha. Shawn memberi isyarat supaya Shasha membukanya.
“Tak nak, mesti sayang letak katak dalam ni kan?” kata-kata Shasha membuat Shawn ketawa. Barangkali teringat saat-saat Shasha menangis ketakutan kerana dia memberi seekor katak hijau kepadanya di majlis hari jadinya beberapa tahun sebelum mereka menjadi kekasih.
“Tak, sayang. Bukalah, Shawn serius ni.”
Dalam hendak tak hendak, Shasha pun membuka bungkusan itu. Terbeliak mata Shasha melihat seutas rantai emas putih dan sebuah arca kristal yang menyerupai dua orang pengantin.
“Genap satu tahun kita bersama, sayang. Hari ni ulang tahun kita yang pertama. Bila Shasha nak kahwin dengan Shawn?” soal Shawn penuh romantis. Shasha hanya tersipu malu. Aku pula jadi tak senang kerana ‘wujud’ di situ.
“Angel jadi saksi kita,” sambungnya lagi, membuatkanku tersenyum kelat.
“Jadi, sayang lambat tadi sebab inilah?” soal Shasha. Shawn mengangguk. Shasha yang begitu murah dengan air mata itu menangis lagi.
“I’m so sorry, dear!” katanya kesal.
“Err...aku balik dulu ye, kawan-kawan? Mak aku dah pesan supaya balik awal. Abang aku dan kakak ipar datang ke rumah malam ni,” kataku mencari alasan tetapi memang benar abang dan isterinya akan bertandang ke rumah malam ini. Jam menunjukkan pukul 7 malam.
“Baiklah, Angel. Thanks again,” kata Shawn.
“Hati-hati drive tu, Angel,” pesan Shasha.
Aku mengangguk lalu menapak ke keretaku. Maaf, kereta ibu sebenarnya. Perodua Kelisa berwarna putih itu memang selalu aku ‘larikan’ untuk bersiar-siar tetapi ibu tak pernah kata apa-apa pun. Itulah yang seronoknya. Setelah menghidupkan enjin, aku memandu meninggalkan taman rekreasi itu menuju ke perumahan di mana aku dan keluarga menetap. Dua puluh minit perjalanan tidak terasa. Aku membelokkan kereta ke perkarangan rumah yang terbuka luas. Kereta abangku, Rueben, ada di situ. Matilah aku dengan leteran abang nanti kalau dia tahu aku keluar sampai malam macam ini.
6 ..helo there..
Labels: Story to tell