Blogroll

Thursday

Sport Car Exhibition at Summer Mall, Kota Samarahan


LAMBORGHINI

LAMBORGHINI (SUPER COOL!)

YELLOW FERRARI (BACK-VIEW)

NISSAN SKYLINE

YELLOW FERRARI (FRONT-VIEW)

RED FERRARI (MY VIEW ^.^)



Monday

I really miss them...

My Year 4 students in SK Rayang, Serian

Tekun...

My partner and our cute pie

Wednesday

Aktiviti sebelum ke Kuching Food Festival . . .

Seronok menikmati pemandangan matahari terbenam di sekitar kawasan taman sebelum 'melantak' di Kuching Food Festival.


kalah-kalah tu model cermin mata...


Enggai enda enggau b'gambar, tang malu...



Friday

.jangan cuba puaskan hati semua orang.

Itulah yang aku cuba lakukan setiap hari.
Alih-alih, aku yang lebih banyak terluka.
Aku yang lebih banyak merana.
Semua usaha aku tak ada makna.
Jadi, apa yang harus aku buat?
Keadaan terlalu mendesak, aku kebuntuan.
Tuhan, tolong aku hadapi semuanya kerana Engkaulah benteng kuatku.


Monday

Monster Belly

This is so sick.
After having so much food during dinner, I got hungry again.
Then, I took sweet corn while watching movie.
Drank a bottle of 1500 ml of mineral water.
Still hungry???
 I guess I have a monster belly.
It creeps me out!
I think I need a GRIMM here.
(those who watch GRIMM should know what is it)

Now, I'm craving for these...

western seafood dish

walkthroughindia.com

Pasta (dreamstime.com)

Saturday

EAT & CRY

Pernah makan sambil menangis?
Bukan kerana pedas.
But broken-heart.
Banyak sebab yang memungkinkan kita for having a 'broken-heart' feeling.
Aku pernah.

Aku pun tak tau kenapa kalau aku bersedih sekalipun, selera makan tak mati.
Aku masih boleh makan.
Masih boleh mandi.
Masih boleh menjalani kehidupan sebagai manusia normal.

Di sebalik semua 'normal' yang kelihatan secara fizikalnya, perasaan aku tidak kuat untuk itu.
Manusia punya hati yang sangat rapuh.
Walau sekeras mana dia cuba menafikan.
Hati marah.
Hati sedih.
Hati gembira.

I don't mind crying for the same reason it it does make me feel relieved.
I don't mind what people will say about me.
I don't mind people seeing me more or less like a crazy person.
This is me.
Don't judge me for you're not me.
I did talk, but you never listen.
Then, just mind your business and I mind mine.
I still can EAT even if I'm crying!
I have my God taking care of me when nobody cares.

So, don't let emotions control your life. Fully rely on God.


Sunday

Pemenang Artis Wanita Stailo ABPBH(Online)

Tahniah Melissa Francis kerana telah memenangi anugerah tersebut.
Teruskan kerjaya dan komitmen.
Anda bukan sahaja seorang penyanyi yang berbakat.
I also believe that you can be a role model to everyone, especially to youngsters.
Aku sebagai anak kelahiran Sarawak berbangga dengan kejayaan ini.
Tahniah dan syukur kepada Tuhan.
^_^

-goole image-

By Hook or by Crook, I Must Learn!

It's not easy because it is not my mother-tongue.
 But it is NOT POSSIBLE.
Read and learn. Practicing by speaking. 
All the best! ^^

google 'cedok'-ing!

Saturday

Finalis Artis Wanita Stailo ABPBH 2012

Ketinggalan latest update untuk senarai finalis Artis Wanita Stailo ABPBH 2012.
Aku cuma nak zahirkan perasaan bangga kerana dalam industri muzik Iban, sudah ada artis yang berjaya menempah namanya untuk tercalon dalam anugerah yang berprestij macam ni.
Secara peribadinya, tahniah Melissa Francis!
Jadi, aku ucapkan  selamat berjaya kepada beliau dan juga semua finalis dalam kategori ini.
  1. MELISSA FRANCIS
  2. YANA SAMSUDIN
  3. LISA SURIHANI
  4. STACY
  5. NORA DANISH
Semuanya memang diakui ada keistimewaan sendiri.
All the best!

-TAHNIAH-

Tuesday

My Story . . .

Lama aku tak berjiwang kan.
Hari ni, aku nak meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama.
Aku tak expect orang baca.
Aku tak perlukan itu.
Aku cuma inginkan kepuasan dalam diri aku.
Meluah di alam maya macam ni lagi afdal bagi aku.
People doesn't need to know me as a way to understand me.

This is what really happen to me right now.
Let the picture tells everything.
But my story ends till picture (6).
I am the bleeding boy.
Lord, strengthen me up.

found this on facebook


Monday

Sekadar menjenguk . . .

Aku kembali.
Tinggal lagi 3 minggu untuk berpraktikum.
Dalam 3 minggu yang tinggal ni, settle apa yang patut.]
Final observe, action research, projek di sekolah, etc.

Banyak sangat peristiwa yang dah berlaku sepanjang aku tak ber'blogging' dan semuanya NAK SANGAT aku ceritakan di sini tapi tak terdaya.
Kalau aku boleh buat klon aku sendiri, aku akan suruh klon aku settle praktikum.
Aku penat dah hoo...

Petang ni, by 7.00 p.m., aku kena drive balik ke Serian yang letaknya 58km dari kampus.
Esok dah kembali sekolah dan mengajar.
=SIGH=

My Kids

Friday

"Cuti" Ber-Blogging

Aku akan sangat merindukan rutin harian aku iaitu 4B's:
  1. Buka laptop, open browser, click home. Buka blogger dashboard. Checking for updates and new entries from blogger friends.
  2. Buat entry baru kalau idea mencurah-curah dan ada cerita nak 'digorengkan'. Kalau tak ada idea, gigit kuku jari je.
  3. Buka Facebook dan baca komen. Check notification. Like sana, like sini. Komen sana, komen sini.
  4. Buka Twitter, baca tweet kawan-kawan dan close tab (pasal tak berapa rajin nak ber-twitter).
Semuanya kerana aku akan berpindah ke rumah sewa.
Praktikum 3 bulan di SK Rayang, Serian.
Maklumlah, orang tak berapa nak mampu macam aku ni tak melanggan broadband.
Bukan nak kata tak nak, memang nak sangat.
Tapi kalau duitnya tak ada, no money no fun maa...
Semua nak guna duit.
Rumah sewa. Baby Viva. Susu Baby Viva. 
Perut diri sendiri pun nak kena isi juga (rasanya yang ini lagi banyak belanja).
Kemudian bla...bla...bla...

Tunggu la lepas elaun keluar ni, aku usahakan.
Bukan saja untuk lepaskan gian blog walking, tapi untuk buat action-research juga.
Nak kena hantar draf proposal pun pakai email.
Hantar RPH pun email.
Segalanya memerlukan internet.
So, pandai-pandai la aku nak hidup lepas ni.

Baiklah, comes to the main point.
Dengan ini secara rasminya aku mengisytiharkan, mulai esok:
AKU BERCUTI SEKEJAP DARI BER-BLOGGING sehingga segala isu berkaitan langganan broadband berjaya diselesaikan. Terima kasih.

Mesej daripada Cik Suka:
I love my blog.
Miss you all bloggers.

From Left (Cik Suka dan roommate, Cik Beth) - juga housemate praktikum.

From left (Cik Susan, Encik Augustin, Cik Louisa, Cik Suka dan Encik Fardzizul) - Will miss them.

 

Sunday

Aku Ex-Pembuli

Bengkel Ekspresif semalam buat aku mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku.
Masa tu aku berumur 8-12 tahun.
Aku masih ingat.
Aku terfikir, kenapa aku boleh jadi sejahat tu?
AKU SEORANG PEMBULI HAIWAN.
Hatta serangga sekecil semut pun.




Nampak anak ayam, aku cekik.
Nampak anak kucing, aku sepak.
Depan mak kucing lagi.
Tak pun, aku ambik, angkat tinggi-tinggi. Biar gayat.
Mak kucing tengok je aku buat anak dia macam tu.
Nampak semut banyak bertali-tali, aku pijak-pijak sampai mati.
Nampak anjing, aku baling batu.
Itu dulu...tidak lagi sekarang.

Why?Why?Why?
Aku tak ada jawapannya.
Bila aku ingat balik apa yang aku buat tu, aku rasa nak menangis.
Kenapa aku kejam sangat masa zaman kanak-kanak?
Kesian semua haiwan tu.

Bila imaginasi melampaui alam sedar dan realiti, aku berfikir yang bukan-bukan.
Andai aku mati, semua haiwan tu akan balas dendam.
Haiwan-haiwan tu akan tuntut bela.
Haiwan-haiwan tu akan buat seperti apa yang aku pernah buat kat dorang dulu.
Aku SANGAT MENYESAL.


Punya COMEL macam ni, sanggup ke nak sepak?
Aku memang sangat kejam dulu.

Sekarang aku sangat menyayangi haiwan.
Aku tak tahu sejak bila aku mula ada sifat penyayang ni.
Mungkin berkat ajar cikgu Pendidikan Moral aku di sekolah.
Dan juga ajaran agama yang mak abah terapkan.
Sampai stress mak aku.
"Mak, dah keje nanti saya nak beli xxxx, xxxxx, xxxxx, ...."

Mak pun cepat-cepat jawab.
"Mahal ke menatang tu?"

"Adalah dalam RMXXX..." selamba aku jawab.

"TAK PAYAH. Baik kau simpan duit buat belanja lepas kahwin."

"Tapi mak cakap kalau dah keje boleh beli apa je. Ada duit sendiri," aku protes.

"Mak kata, TAK PAYAH. Membazir."

Aku tarik muncung itik 7 hari 7 malam.
Bila dah okay, aku tanya balik mak aku.
Jawapan mak tetap sama.
Hmm...
Jadi apa yang aku mampu bela sekarang ni cumalah ikan.
Anak puyu dan betta-fish (ikan laga).
Duduk asrama, mana boleh bela menatang gedik-gedik macam kucing, hamster, ....

Pokoknya di sini, AKU SANGAT SAYANGKAN HAIWAN.


My beloved Chulu in hometown. Now he's 2 years old.

Wednesday

"TRAGEDI" Penghujung Tahun 2012

Hangin betul.
Driving selama 6 jam, sampai saja di kampus, then I discovered someone or 'some-many' curi harta aku.
I lost my speaker, iron, extension wire, and 2 pails.
Apa yang lebih hangin, selipar jamban aku pun dorang kebas!
Hampeh betol laa...
Kejadian 31 Disember 2012.
What a terrific way the year of 2012 ended.

Hangin satu badan tapi kejap je.
My mom memang pandai tenangkan perasaan aku.
Mak cakap, 'Biarlah, Tuhan nampak apa yang mereka buat. Maafkan saja."
Great! Betul cakap mak.
Nak marah pun tak ada makna juga.
Salah aku juga tinggalkan benda ni semua di kampus masa cuti.
Patah tumbuh hilang berganti, ye tak?
Tapi haru juga laa...

Susah jimat duit nak beli speaker tu dulu.
Untuk orang miskin macam aku, mahal benda ni ho...
Tup-tup- hilang macam tu je.
Hmm..


Sayang aku dengan speaker ni weii...

SELESAI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...