Blogroll

Monday

Helo Cikgu!

T.H.E.M

Hari ini kehidupan sebagai seorang pelajar kembali bermula.
Dua bulan menjalani praktikum banyak mendewasakan pemikiran.
Dengan karenah murid yang pelbagai...
Namun aku mengaku aku merindui mereka.

Apalagi tadi, sedang aku duduk menanti kuliah bermula, one of my student called me.

"Cikgu, cikgu di mana sekarang?"
"Cikgu ada kuliah sekarang di kampus. Kenapa?"
"Cikgu tak masuk kelas kami ke?"
"@$%^&~ Cikgu tak masuk kelas kamu lagi. Nanti cikgu lain masuk..."
"Okay cikgu. Bye cikgu!"

Astaga...ada juga murid yang sanggup called cari aku untuk masuk kelas.
Sebenarnya, aku tak pernah bagi tahu mereka yang aku tak akan mengajar lagi selepas sesi terakhir bersama mereka pada Khamis lepas.
Aku tak nak mereka tanya banyak sangat soalan.
Praktikum dah tamat.
I miss them.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...