Halo...halo...kezen-kezen! ehehe...Long time no see. :)
Diberi tugas untuk menyemak kertas jawapan budak memang pening.
Bermacam jawapan yang diberi.
Pening nak bagi markah tapi cukup menghiburkan.
Nasib baik aku bukan guru kelas bebudak ni.
Kalau tak memang muda-muda lagi aku kena telan ubat high blood.
Lagi satu, mereka semuanya comel-comel.
Tapi inilah tanggungjawab.
I never regret it. ^.^
Haa..cer-tengok! Cer-tengok!
Haa..cer-tengok! Cer-tengok!
Q: Cadangkan satu cara untuk memulihkan kualiti air sungai itu.
A: Matikan semua ikan
nota kaki: Haha~logik apa jawapanmu itu sayang. Cikgu bangga sangat. terbaeekkk! :) Lepas ni jumpa cikgu ye, kita tuba ikan-ikan tu.
Q: Berdasarkan penyiasatan ini, nyatakan satu sifat gas.
A: Saya tak tahu.
nota kaki: Amboi, lawa mesej? Hadoi pun...gelak guling-guling.
Mereka inilah anak didik saya. Ini pertama kali aku masuk kelas mereka. Mereka jujur. Tapi tak apa, ini cabaran. Lepas ni, jom bekerjasama dengan cikgu membanteras isu 'saya tak tahu' dalam kertas peperiksaan Sains. Cikgu akan cuba yang terbaik buat kamu semua sayang! ^.^
7 ..helo there..
Labels: A Teacher's Life