I miss my students:Year 5 Mawar and Year 4 Melur. Waktu-waktu gini aku dah ada di sekolah, menunggu masa untuk masuk ke kelas dan mengajar. Walaupun karenah mereka bermacam-macam dan seringkali menduga kesabaran, tetapi mereka tetap murid yang paling aku sayang kerana mereka mengajar aku untuk menjadi seorang GURU.
Anderas Apoi - My most rebellious student in class 5 Mawar. Bila aku suruh buat kerja, dia akan cepat menjawab, "Tak nak lah, cikgu! Bosan!" Sentap aku, adoyaii...Pernah sekali aku suruh dia duduk di meja guru dan buat kerja, dia diam sebentar. Kawan-kawan dia yang lain pun diam juga sebab BIG BOSS dorang dah kena cekup. Kemudian, dia bising balik.
Tapi, sebelum habis praktikum si Anderas datang jumpa aku, "Cikgu, saya nak minta nombor hp cikgu. Jangan bagi nombor yang salah tau!" Then, yesterday he called me. Emm...I miss to nag at him. Rebellious pupil but there's something good about him, I know that.
Immanuel Owen - Noisiest student in Year 4 Melur. But he's cute and adorable. Asal ada kelas aku, dia akan jadi orang pertama yang masuk ke makmal (sebab biasanya aku buat kelas di makmal). Dia akan borak-borak dengan aku. Minggu pertama, aku tak kenal sangat dengan dia. Minggu kedua dan seterusnya, dia semakin menyerlah pada pandangan aku. Immanuel adalah murid yang sangat suka bertanya and he's very observant too. Last day aku mengajar kelas 4 Melur, dia bagi aku satu kertas lukisan yang besar dan dilipat dua, dia jadikan sebagai kad ucapan. Dia lukis gambar aku dan 3 orang lagi rakan praktikum aku. But what touched me, he said," Cikgu, terima kasih kerana mengajar saya dan terima kasih kerana cikgu puji saya. I love u, cikgu." Adoyaii...I never realised I did that to him. But even the smallest thing I did to him, he remembers that.
So, hargailah murid-murid anda wahai guru. Walau sejahat mana pun mereka di dalam kelas, kadangkala itu adalah kekurangan anda sendiri kerana gagal mengenali dia dan memahami kehendak dan keperluannya di dalam bilik darjah. These are what my students taught me within 4 weeks. I love u all too, my dear. :)
0 ..helo there..
Labels: A Teacher's Life