Blogroll

Saturday

Sharing dari Kem Wanita Bijak (for Christian Only)



Dalam sesi pelayanan bersama saudara seiman di dalam Teachers' Christian Fellowship pada tengah hari semalam (yang tak sempat aku nak post), aku sungguh tertarik dengan sharing oleh beberapa orang peserta Kem Wanita Bijak. Aku kurang maklum dengan maklumat lanjut mengenai kem ini namun aku dimaklumkan tujuan kem ini adalah sebagai motivasi dan panduan kepada para wanita Kristian untuk mencari teman hidup. Di bawah ini adalah sebahagian daripada perkara yang mewujudkan satu perasaan sukacita di dalam diri aku sewaktu sesi sharing semalam.



1. Berharganya wanita itu bukan terletak pada kecantikannya.

Semua orang tentu pernah mendengar ayat ini tetapi berapa ramai wanita yang menyedarinya? Di dalam Isaiah 43:4. You are precious and honored in My sight. I love you...Tuhan menyatakan betapa cintanya Dia kepada kita. Biar siapa pun kita, cantik atau buruk, tinggi atau rendah, gemuk atau rendah, semua dicintainya.

2. Mampukah saya menjadi teladan kepada orang di sekeliling saya?

Ini menyedarkan aku betapa kita ini belum layak untuk menjadi teladan kepada semua orang, bila ada sesuatu di dalam diri kita yang harus kita perbetulkan. Maka, berdoalah semoga Tuhan membentuk kita. Di saat Tuhan membentuk kita, pastinya akan ada kesulitan yang harus kita lalui kerana berlian juga terhasil dari ketulan batu berlian yang tidak cantik tetapi dibentuk dengan payahnya hingga menjadi batu yang begitu berharga dan bernilai.



3. Terima diri kita apa adanya kita.

Prinsipnya mudah. Jika kita dilahirkan sebagai perempuan, maka hiduplah sebagai seorang perempuan. Jika kita dilahirkan sebagai lelaki, maka hiduplah dengan baik sebagai seorang lelaki sejati. Apabila diri kita sendiri tidak dapat menerima apa adanya kita, bagaimana mungkin kita mengharapkan orang lain menerima kita apa adanya kita?

4. Punya masa yang tetap untuk Tuhan.

Kita punya masa 24 jam seorang di dalam satu hari. Tidak pernah kurang mahupun lebih. Punyalah masa yang tetap untuk berbicara, berdoa dan bersama Tuhan kerana Dia juga ingin mendengarkan kita. Jangan pernah berdalih kerana Dia juga tidak pernah gagal memberikan rahmat yang baru setiap hari kepada kita. Bersyukurlah.

5. Wanita adalah mutiara.

Seperti juga berlian, mutiara terbentuk dengan payahnya di dalam tiram. Bertahun malah mungkin berabad lamanya. Meski payah dan sakit, namun mutiaranya sungguh cantik terbentuk tanpa sebarang cela. Putih bersih dan bersinar. Wahai wanita, sesungguhnya kita adalah mutiara. Bangkitlah menjadi mutiara berharga yang dipakai oleh semua orang dan bukan selamanya tenggelam di dasar lautan.

- Aku berharap semoga anda (wanita) menemukan sesuatu dalam sharing ini. Haleluya! -

Tuesday

Penipu

Huhu...aku pasti takde sorang pun suka si PENIPU.
Siapa suka, memang takde common sense la orang tu.
Aku boleh maafkan si Penipu.
Tapi nak lupa apa yang dia buat pada aku, itu yang payah...
Bila ingat balik, sakit hati pula.Lagi-lagi kalau si penipu itu ada depan mata.
Adakah itu petanda aku belum boleh maafkan dia?
Adoyaiii...maafkan aku Tuhan kerana berperasaan demikian.
Ajari aku supaya mengampuni. =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...