Blogroll

Tuesday

Buat Seorang Kawan

Nak dijadikan cerita, adalah seorang kawan aku ni, memang kawan baik la. Dia selalu cerita masalah dia kat aku. Bila dia gembira, aku tumpang gembira. Bila dia sedih, aku orang pertama yang akan tahu. Dia tak pandai berahsia, semua dia cerita dekat aku.

Tapi di sini, bukan aku nak ceritakan semua masalah dia tapi aku pun terasa berat bila mendengar setiap kali dia bersedih dan mengeluh. Aku tahu, dia tak boleh rahsiakan masalah dia dari aku tapi terus terang cakap, aku susah nak fahami dia. Sebabnya, dia cerita masalah tapi dia tak pernah kongsi apa perasaan dia. Dia cerita, dia senyum, walaupun bagi aku sendiri masalah dia tu berat. Aku harap aku boleh jadi setabah dia tapi aku juga ingin sekali memahami perasaan dia.

Ceritanya, dia suka seseorang ni dan orang tu pun beri respon yang positif juga. Hari-hari berlalu, dia makin ceria kerana ada si dia. Sebab selama ni, terus terang cakap, kawan aku tu sunyi. Tak pernah ada walau seorang pun lelaki yang beri perhatian pada dia, hingga kadangkala aku terfikir ke mana perginya semua lelaki? Walaupun dia ada kawan, tapi dia perlukan seseorang yang lebih istimewa. Setiap hari dia berdoa semoga ada seseorang untuk dia. Jadi bagi dia, kehadiran si dia itu sungguh bermakna buat dirinya.

Si dia hari-hari akan tanya khabar, dah makan belum, gembira tak hari ni...dan si kawan aku ni pun rasa diri dia dihargai dan disayangi. Paling bahagia bila si dia itu menyatakan rasa sayang pada kawan aku ni. Tapi, mana silapnya entah la...tiba-tiba si dia tu menghilangkan diri. Diam tanpa khabar berita. Bila ditanya, tidak menjawab. Jangankan nak bertegur sapa, bila nampak je kawan aku ni, dia cabut. Apa salah kawan aku ni pun, aku tak tahu. Dibiarnya kawan aku ni makan hati, memendam rasa.

Kawan aku ni, dulu dia periang. Dia suka ketawa, dia suka senyum tapi sekarang aku dah tak nampak semua tu. Tapi dia tidak menangis. Dia tidak merungut bila ditinggalkan macam tu je. Dia cuma akan cakap, “Tak apalah, aku bersyukur sebab masih ada kau.” Siapa yang tak sedih? Aku pun dah tak tahu nak cakap apa lagi pada dia. Kawan, aku harap kau bertemu dengan orang yang boleh menghargai kehadiran kau di sisinya.

Saturday

You Mean Everything to Me - Neil Sedaka

Lagu ni teman aku masa study. Banyak version lagu ni tapi paling best by Neil Sedaka, memang oldies. Jujur, jiwa aku sekarang ni memang jiwa retro. Kalau bukan lagu-lagu retro, aku jarang nak layan. Buat peminat-peminat lagu retro, jom kita layan. ^^ oh ye, kalau ada yang berminat, e-mail me. I'll send this song to you, sharing is loving. Retro best, kalau tak ada yang lama, tak ada la yang baru. ;)


audrey.liana@yahoo.com

You are the answer to my lonely prayer
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love

I don't know how I ever lived before
You are my life my destiny
Oh my darling I love you so
You mean everything to me

If you should ever, ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh my darling I love you so
You mean everything to me

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh my darling I love you so
You mean everything to me

lyrics retrieved from: http://songlyric5.blogspot.com


Wednesday

Study@Entertainment??

Habis la...exam tinggal kurang dari seminggu lagi pun. Aku belum mula lagi study. Dalam fikiran aku ni banyak sangat distractions. Tambah-tambah, semester ni ada subjek yang buat aku angol tahap gaban (seperti Naruto yang tak dapat makan Ichiraku ramen), Physics in Context~

Subjek ni memang boleh buat aku gila. Banyak faktor yang mungkin menyumbang pada kegagalan aku memahami subjek ni dari sekolah menengah lagi. Mungkin;

  • Aku bodoh sangat.
  • Aku malas.
  • Kebencian aku pada subjek ni.
  • Subjek ni memang susah.
  • Subjek ni mengarut. (Aiseh, sori la bagi penggemar Physics dan formula-formulanya)

Frankly speaking
la, bila je aku nak belajar subjek ni, cepat betul aku hilang tumpuan. Baru mukadimah, dah berpedih-pedih mata aku tahan mengantuk. Dah tu, persamaan-persamaan yang ada tu buat kepala aku makin bingung.

Kan bagus subjek tu macam makanan, bila tak sedap boleh tambah perisa kasi sedap. Taklah ia langsung tak boleh ditelan, apatah lagi dihadam. Adoyaiii~ help me!!! Nampak je buku Physics, sah-sah mood aku nak menghabiskan siri anime aku akan datang lebih dahsyat daripada nafsu aku nak belajar..haduhhhh~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...